Terminal Feri Jesselton Point baharu pemangkin industri pelancongan Sabah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Terminal Feri Jesselton Point telah dinaiktaraf seiring dengan statusnya sebagai prasarana strategik yang bakal menjadi pemangkin utama kepada pembangunan industri pelancongan negeri Sabah.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Terminal Feri Jesselton Point telah menerima peningkatan jumlah penumpang pada tahun 2025 iaitu seramai 552,369 penumpang berbanding 388,395 penumpang pada tahun sebelumnya.
“Dalam konteks ini, Terminal Feri Jesselton Point telah memainkan peranan yang signifikan dalam memperkukuh penawaran pelancongan khususnya dalam segmen pelancongan berasaskan pulau dan marin yang menjadi antara produk utama pelancongan teras negeri terutamanya di kota Kinabalu dan daerah sekitarnya,” katanya pada majlis perasmian Terminal Feri Jesselton Point baharu malam ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Ewon Benedick.
Menurut beliau, penaiktarafan terminal feri ini mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa serta diperkasakan melalui integrasi sistem digital dan operasi fizikal yang lebih cekap, teratur dan berkesan.
Pelaksanaan sistem tiket elektronik, pengurusan penumpang secara bersepadu dan penggunaan teknologi pintar dalam operasi harian mencerminkan peralihan ke arah konsep terminal pintar yang lebih moden dan responsif, katanya.
Beliau yakin terminal baharu ini akan dapat menampung peningkatan penumpang sesuai dengan ketibaan pelawat yang semakin meningkat berdasarkan rekod seramai 3.8 juta pada tahun lalu iaitu peningkatan lebih 20 peratus berbanding tahun sebelumnya dan menjana RM8.7 billion hasil pelancongan.
“Sejak lebih dua dekad yang lalu, Terminal Feri Jesselton Point telah memainkan peranan penting sebagai laluan utama ke pulau-pulau peranginan di Taman Tunku Abdul Rahman, sebuah khazanah alam yang menjadi kebanggaan negeri serta tarikan utama bagi pelancong domestik dan juga antarabangsa.
“Terminal ini bukan sekadar menyediakan kemudahan pengangkutan, malah berfungsi sebagai mercu tanda penting Bandaraya Kota Kinabalu, yang menghubungkan pengunjung ke gugusan pulau seperti Manukan, Gaya, Sapi dan Mamutik, dan pulau-
pulau sekitarnya, sekali gus memperkukuh peranan bandar raya ini sebagai salah satu hab pelancongan maritim utama negara,” katanya.
“Saya yakin, dengan adanya terminal yang selesa ini, ia akan meningkatkan keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa untuk berkunjung ke pulau-pulau pelancongan yang ada di sekitar ibu negeri.
“Ini secara langsung akan merancakkan ekonomi setempat, membuka peluang perniagaan, dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Usaha ini juga sudah pasti akan membantu dalam mencapai sasaran lebih 4 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” katanya.
“Sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun ini, pembangunan baharu infrastruktur Terminal Feri Jesselton Point ini dilihat dapat memperkukuh lagi kedudukan Sabah sebagai hab pelancongan maritim utama di rantau ASEAN,” katanya.
Ketua Menteri berkata pembangunan terminal ini adalah selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya 2.0 yang menekankan pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, pemerkasaan ekonomi biru serta pelancongan mampan sebagai antara teras utama kemajuan negeri.
“Inisiatif ini sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuh lagi kedudukan Sabah sebagai hab pelancongan maritim yang berdaya saing dan maju.
“Kerajaan negeri komited dalam memastikan pembangunan ini dilaksanakan secara bertanggungjawab, seiring dengan pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan komuniti setempat agar kemajuan yang dicapai adalah menyeluruh,” katanya.
Selain itu, Terminal Feri Jesselton Point ini juga terletak di dalam pembangunan Jesselton Waterfront City yang bernilai kira-kira RM9.2 bilion bakal membentuk landskap baharu pesisir Kota Kinabalu sebagai destinasi bertaraf dunia.
Beliau mengucapkan syabas kepada Suria Capital Holdings Berhad serta anak syarikatnya, Suria Bumiria Sdn Bhd, atas komitmen dan dedikasi dalam merealisasikan projek terminal feri ini dengan jayanya.
“Kejayaan hari ini mencerminkan kesepaduan antara Kerajaan, Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan sektor swasta amat penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri ini,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: The Jesselton Point Ferry Terminal has received a facelift in line with its status as a strategic infrastructure facility that will serve as a key catalyst for the development of Sabah’s tourism industry.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the Jesselton Point Ferry Terminal recorded an increase in passenger traffic in 2025, with 552,369 passengers compared to 388,395 passengers the previous year.
“In this context, the Jesselton Point Ferry Terminal has played a significant role in strengthening tourism offerings, particularly in the island and marine tourism segments, which are among the State’s core tourism products, especially in Kota Kinabalu and surrounding districts,” he said at the opening ceremony of the new Jesselton Point Ferry Terminal tonight.
His speech was delivered by Deputy Chief Minister III/State Minister of Industrial Development and Entrepreneurship, Datuk Ewon Benedick.
The Chief Minister said the upgrading of the ferry terminal complies with international safety standards and is further enhanced through the integration of digital systems and more efficient, organised and effective physical operations.
“The implementation of an electronic ticketing system, integrated passenger management and the use of smart technology in daily operations reflect the transition towards a smarter, more modern and responsive terminal concept,” he said.
He expressed confidence that the new terminal would be able to accommodate the increasing number of passengers in line with the growing tourist arrivals, which reached 3.8 million last year, an increase of more than 20 per cent compared to the previous year, generating RM8.7 billion in tourism revenue.
“For more than two decades, the Jesselton Point Ferry Terminal has played an important role as the main gateway to the resort islands within the Tunku Abdul Rahman Park, a natural treasure that is a source of pride for the State and a major attraction for both domestic and international tourists.
“This terminal not only provides transportation facilities, but also serves as an important landmark of Kota Kinabalu City, connecting visitors to island clusters such as Manukan,
Gaya, Sapi and Mamutik, as well as surrounding islands, thereby strengthening the city’s role as one of the country’s main maritime tourism hubs,” he said.
“I am confident that with this comfortable terminal, it will enhance the confidence of both domestic and international tourists to visit the tourism islands around the State capital.
“This will directly stimulate the local economy, create business opportunities and improve the standard of living of the people. These efforts will also certainly help achieve the target of more than 4 million tourists visiting Sabah this year,” he said.
“In conjunction with Visit Malaysia Year this year, the new infrastructure development of the Jesselton Point Ferry Terminal is seen as further strengthening Sabah’s position as a leading maritime tourism hub in the ASEAN region,” he added.
The Chief Minister said the development of the terminal was in line with the aspirations of Sabah Maju Jaya 2.0, which emphasises high-impact economic growth, the empowerment of the blue economy and sustainable tourism as among the main pillars of the State’s development.
“This initiative is part of a long-term strategy to further strengthen Sabah’s position as a competitive and advanced maritime tourism hub.
“The State Government remains committed to ensuring that this development is implemented responsibly, in line with environmental conservation and the well-being of local communities, so that the progress achieved is comprehensive,” he said.
In addition, the Jesselton Point Ferry Terminal is also located within the RM9.2 billion Jesselton Waterfront City development, which is set to reshape Kota Kinabalu’s waterfront landscape into a world-class destination.
He congratulated Suria Capital Holdings Berhad and its subsidiary, Suria Bumiria Sdn Bhd, for their commitment and dedication in successfully realising the ferry terminal project.
“Today’s success reflects the importance of synergy between the Government, Government-linked Companies (GLCs) and the private sector in realising the State’s development agenda,” he said.
Ends