Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yakin bahawa sektor pelancongan Negeri akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Timur Tengah.
Beliau berkata, tidak dinafikan banyak perniagaan perlu mengambil tindakan berani dan tegas untuk menangani ketidakpastian yang bakal datang akibat konflik tersebut.
“Krisis ini akan mengubah secara asas cara kita beroperasi. Setiap sektor akan terkesan, yang bermakna kita mesti menyesuaikan diri dan berinovasi dalam amalan perniagaan kita.
“Namun, masa depan tetap cerah. Walaupun terdapat cabaran ini, saya berasa gembira melihat keyakinan pelabur yang kukuh terhadap sektor pelancongan Sabah,” katanya pada majlis perasmian rasmi Sheraton Kota Kinabalu di sini pada Isnin.
Hajiji berkata, sebagai respons kepada cabaran industri yang muncul susulan konflik Timur Tengah, Kementerian Pelancongan Sabah secara proaktif menyusun semula strategi bagi memastikan Sabah kekal sebagai destinasi utama, berdaya tahan dan menarik di peringkat global kepada pelancong dari seluruh dunia.
Bagi memastikan pengalaman pelawat yang lancar, Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri sedang mengukuhkan keupayaan Sabah untuk bersaing melalui pelbagai inisiatif strategik.
Katanya, inisiatif tersebut termasuk menjalin kerjasamam dengan syarikat penerbangan global bagi meningkatkan jaringan perhubungan, membangunkan produk pelancongan premium, meningkatkan standard perkhidmatan ke aras antarabangsa, serta menganjurkan acara bernilai tinggi.
“Melalui usaha ini, kita akan meletakkan Sabah sebagai destinasi percutian utama dan juga hab perniagaan yang dinamik,” katanya.
Hajiji turut gembira bahawa selain Sheraton Kota Kinabalu, beberapa hotel lain berada pada pelbagai peringkat pembinaan, termasuk Avani dan Fairfield by Marriott, Grandis di The Peninsula, Kota Kinabalu, Club Med di Kuala Penyu, InterContinental di Papar, dan Wyndham di Semporna, antara lain.
“Pembangunan ini akan menambah sebanyak 2,740 bilik kepada jumlah inventori sedia ada, sekali gus membuktikan daya tahan dan keyakinan rakan kongsi industri kita walaupun dalam keadaan tidak menentu,” katanya.
Hajiji berkata impak ekonomi daripada pembangunan hotel-hotel ini tidak boleh dipandang ringan.
“Kita menjangkakan ratusan peluang pekerjaan, bukan sahaja dalam hotel itu sendiri, tetapi juga merentasi rantaian bekalan, perkhidmatan dan perniagaan berkaitan. Pembekal tempatan, restoran dan tarikan pelancongan akan mendapat manfaat yang besar.
“Selain manfaat ekonomi, pembangunan hotel baharu ini akan meningkatkan profil Sabah sebagai destinasi utama. Ia akan menarik persidangan, acara korporat serta pelancong yang ingin menikmati yang terbaik kita tawarkan, sekali gus mengukuhkan ekonomi kita melalui hasil pelancongan yang mampan,” katanya.
Beliau berkata pembukaan Sheraton Kota Kinabalu yang menelan kos lebih daripada RM300 juta menandakan satu pencapaian penting Ketika Sabah ingin memanfaatkan peluang sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Momentum ini kini akan diteruskan hingga ke penghujung tahun 2027 dan menjadi pemangkin kepada persiapan berterusan Sabah bagi Tahun Melawat Sabah 2027,” katanya.
Beliau yakin Sheraton Kota Kinabalu akan memainkan peranannya dalam menyerlahkan budaya, warisan dan layanan mesra Sabah.
“Ia juga menyampaikan mesej yang jelas dan yakin bahawa Sabah terbuka untuk perniagaan serta bersedia bersaing di pentas global,” katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor is confident that the State’s tourism sector will remain resilient despite challenges posed by the current Middle East conflict.
Undoubtedly, he said, many businesses would have to take bold, decisive action to address the uncertainties ahead due to the conflict.
“This crisis will fundamentally reshape how we operate. Every sector will be affected, which means we must adapt and innovate in our business practices.
“Yet, the future remains bright. Despite these obstacles, I am heartened to see strong investor confidence in Sabah's tourism sector,” he said at the official opening of the Sheraton Kota Kinabalu, here on Monday.
Hajiji said in response to emerging industry challenges fueled by the Middle East conflict, the Sabah Tourism Ministry is proactively refining its strategies to ensure Sabah remains a premier, resilient and globally attractive destination for travellers from around the world.
To ensure seamless visitor experiences, the Chief Minister said the State Government is strengthening Sabah's capacity to compete through strategic initiatives.
He said these initiatives included establishing partnerships with global airlines to enhance connectivity, developing premium tourism products, improving service standards to international benchmarks, and hosting high-value events.
“Through these efforts, we will position Sabah as both a premier holiday destination and a dynamic business hub,” he said.
Hajiji was happy to note that in addition to Sheraton Kota Kinabalu, several other hotels are at various stages of completion, including Avani and Fairfield by Marriott, Grandis at The Peninsula in Kota Kinabalu, Club Med in Kuala Penyu, InterContinental in Papar, and Wyndham in Semporna, among others.
“These developments will add 2,740 rooms to our existing inventory, a testament to the resilience and optimism of our industry partners even in uncertain times,” he said.
Hajiji said the economic impact of these hotel developments cannot be overstated.
“We are looking at hundreds of jobs, not just within the hotels themselves, but across supply chains, services, and related businesses. Local suppliers, restaurants, and attractions will benefit tremendously.
“Beyond the economic benefits, these new hotel developments will elevate Sabah's profile as a premier destination. They will attract conferences, corporate events, and travellers who will experience the very best we have to offer, thereby strengthening our economy through sustained tourism revenue,” he said.
He said the opening of Sheraton Kota Kinabalu, costing more than RM300 million, marked a significant milestone as Sabah embraced the opportunities presented by Visit Malaysia Year 2026.
“This momentum will now be extended to end of 2027 and serve as a catalyst for Sabah’s continued preparations for Visit Sabah Year 2027,” he said.
He was confident that Sheraton Kota Kinabalu would do its part in showcasing Sabah’s culture, heritage and warm hospitality.
“It also sends a clear, confident message that Sabah is open for business and ready to compete on the global stage,” he said.
Ends