Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 TYT Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, di sini, pada Isnin. 

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, tiba pada jam 7.55 pagi sebelum menerima tabik hormat daripada Pasukan Kawalan Kehormatan  Utama sebaik naik ke pentas utama. 

Istiadat penuh adat dan tradisi itu mencapai kemuncak dengan keberangkatan tiba TYT  Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh Puan Datin Seri Panglima  Datuk Hajah Faridah Haji Tussin pada jam 8 pagi. 

Sebaik tiba, lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dimainkan diikuti tembakan meriam 17 das sebagai tanda penghormatan, sebelum TYT menerima tabik hormat diraja dan  memeriksa Kawalan Kehormatan Utama. 

Beliau kemudiannya berkenan memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada  pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik, institusi pengajian tinggi serta pelajar sekolah. 

Istiadat turut diserikan dengan persembahan koir serta persembahan khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sempena sambutan ulang tahun rasmi berkenaan. 

Pelbagai dif kenamaan termasuk anggota Kabinet Negeri dan Persekutuan, Ahli Dewan  Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta ketua jabatan hadir memeriahkan istiadat  berkenaan. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor attended the  parade ceremony held in conjunction with the 75th official birthday celebration of the  Head of State at Padang Merdeka here on Monday. 

Accompanied by his wife Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Hajiji arrived at  7.55 am and received the salute from the Main Guard of Honour upon taking his place on the main stage. 

The ceremony, steeped in customs and traditions, reached its peak with the arrival of  the Head of State, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, together with Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin at 8am. 

Upon arrival, the national and state anthems were played, followed by a 17-gun salute as a mark of honour. The Head of State then received the royal salute and inspected the  main Guard of Honour. 

He proceeded to inspect the contingents representing various government agencies, statutory bodies, non-governmental organisations (NGOs), ethnic associations, higher  education institutions, as well as school students. 

The ceremony also featured a choir performance and a special presentation by the  Sabah State Cultural Board. 

Present at the ceremony were members of the State and Federal Cabinets, State  Assemblymen, Members of Parliament and heads of departments.  

Ends