Pembantu Menteri, Setiausaha Politik Sabah lafaz Ikrar Bebas Rasuah (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Majlis itu dimulakan dengan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik melafazkan IBR sebagai tanda komitmen memperkukuh integriti serta tadbir urus beramanah dalam pentadbiran negeri.
Selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh semua yang terlibat, majlis diteruskan dengan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Encik Azrul Ibrahim masing-masing mewakili Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik menyerahkan dokumen IBR kepada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.
Mohd Fuad yang menyaksikan majlis itu, turut memberi taklimat khas yang memberi penekanan kepada usaha pencegahan rasuah serta pemantapan budaya integriti dalam perkhidmatan awam.
Turut hadir Pengarah Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri, Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli dan Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri,Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya (KPKPj) SPRM, Awang Samsul Baharam Bungso.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: The Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor witnessed the Corruption-Free Pledge (IBR) ceremony involving Assistant Ministers and Political Secretaries at Menara Kinabalu, here on Thursday.
The ceremony began with the Assistant Ministers and Political Secretaries reciting the IBR as a mark of commitment to strengthen integrity and accountable governance in the state administration.
Following the signing of the Corruption-Free Pledge by all participants, Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Joniston Bangkuai and Chief Political Secretary to the Chief Minister, Azrul Ibrahim each representing the Assistant Ministers and Political Secretaries respectively, handed the IBR documents to the Director of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Sabah branch, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.
Mohd Fuad, who witnessed the ceremony gave a special briefing on anti-corruption prevention efforts and strengthening of an integrity culture within the public service.
Also present were the Director of the Cabinet and Policy Division, Chief Minister’s Department, Ms. Dayang Noorashikhin Zulkefli, and the Chief Minister’s Integrity Advisor, Chief Senior Assistant Commissioner (KPKPj) of the MACC, Awang Samsul Baharam Bungso.
Ends
