SEDIA - pelengkap strategik Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  agenda Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di bawah seliaan Pihak Berkuasa  Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) adalah pelengkap strategik  pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“Ianya turut menyokong aspirasi pembangunan negara di bawah kerangka Malaysia  Madani,” katanya pada majlis Sungkai Kurung-Kurung Ketua Menteri bersama Ketua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Menara Kinabalu hari ini. 

Katanya, dalam landskap pembangunan negeri yang semakin kompetitif, pelaburan  strategik merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.  

“Keutamaan kita adalah kepada pelaburan berkualiti tinggi yang mampu menjana  peluang pekerjaan bernilai tambah, memperkukuh rantaian bekalan tempatan, serta  memberi limpahan manfaat yang jelas kepada komuniti setempat.  

“Bagi memperkukuh ekosistem pelaburan negeri, SEDIA berperanan sebagai pemudah  cara strategik dalam penyelarasan perancangan, pemacu promosi pelaburan serta  penghubung antara Kerajaan Negeri, agensi Persekutuan dan sektor swasta,” katanya. 

Ketua Menteri berkata Kerajaan negeri melalui SEDIA komited untuk memastikan  agenda pembangunan dilaksanakan secara seimbang dan inklusif merentas seluruh  Sabah.  

Ini dapat dilihat di bawah kerangka SDC di mana beberapa kajian strategik telah  disiapkan bagi menyokong perancangan pembangunan wilayah yang lebih seimbang  dan bersasar, katanya. 

Antaranya, Kajian Pelan Induk Ekonomi dan Pelan Perniagaan bagi POIC Sandakan;  Kajian Pelan Induk dan Pelan Perniagaan bagi Zon Ekonomi Bebas, Hab Logistik dan  Depoh Penyimpanan Sejuk di POIC Lahad Datu; Kajian Pembangunan Ekonomi  Sempadan Sabah; dan Kajian Pelan Induk bagi Lembah Makanan di kawasan  pedalaman Sabah. 

“Kesemua dapatan kajian ini menyediakan asas perancangan yang lebih kukuh untuk  memacu pertumbuhan ekonomi wilayah secara inklusif dan mampan.

“Dalam memastikan agenda pembangunan seimbang terus dipacu secara konsisten,  SEDIA kekal relevan sebagai agensi pemudah cara dan penyelaras strategik untuk  mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri.  

“Keupayaan SEDIA turut diperkukuh melalui tadbir urus kewangan yang berintegriti,  sebagaimana dibuktikan dengan penganugerahan Sijil Bersih Tanpa Teguran bagi  penyata kewangan selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009 hingga 2024,” katanya.  

Hajiji berkata selari dengan pendekatan pembangunan berteraskan rakyat, pelaksanaan  projek infrastruktur berorientasikan people-centric terus diperkukuh bagi memastikan  manfaat pembangunan dapat dirasai secara inklusif dan seimbang di seluruh negeri.  

Inisiatif ini dilaksanakan dalam tempoh 2020 hingga 2025 dan merangkumi projek-projek  kecil berimpak tinggi di tiga wilayah pembangunan utama, iaitu Wilayah Barat, Wilayah  Tengah dan Wilayah Timur Sabah, melibatkan keseluruhan 32 daerah dan daerah kecil. 

Menurutnya, secara kumulatif, sebanyak 1,126 projek kecil telah dilaksanakan sebagai  intervensi bersasar bagi meningkatkan keterangkuman sosio-ekonomi, memperbaiki  akses kepada kemudahan asas, serta merapatkan jurang pembangunan antara wilayah  dan komuniti setempat, terutamanya di luar bandar.  

Dalam pada itu, Ketua Menteri mahu semua ketua jabatan terus memperkukuh budaya  prestasi tinggi dalam organisasi masing-masing.  

“Kejayaan agenda pembangunan Sabah First (Sabah Didahulukan) menuntut komitmen  kolektif, kepimpinan yang tegas, serta kesediaan untuk melaksanakan perubahan yang  diperlukan demi kepentingan rakyat dan negeri.  

Dalam majlis yang sama, Ketua Menteri telah menyampaikan Sumbangan Kasih  Ramadan kepada 16 pusat tahfiz dan pengajian Islam yang berdaftar.  

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the  Sabah Development Corridor (SDC) agenda under the purview of the Sabah Economic  Development and Investment Authority (SEDIA) serves as a strategic complement to  the implementation of the Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). 

“It also supports the nation’s development aspirations under the Malaysia Madani  framework,” he said at the breaking of fast ceremony with State and Federal department  heads at Menara Kinabalu today. 

He said that in an increasingly competitive state development landscape, strategic  investment is a key catalyst for Sabah’s economic growth. 

“Our priority is high-quality investments capable of generating high-value-added job  opportunities, strengthening local supply chains, and delivering clear spillover benefits  to local communities. 

“To strengthen the state’s investment ecosystem, SEDIA plays the role of a strategic  facilitator in coordinating planning, driving investment promotion, and serving as a bridge  between the State Government, Federal agencies and the private sector,” he said. 

The Chief Minister said the State Government, through SEDIA, is committed to ensuring  that the development agenda is implemented in a balanced and inclusive manner across  Sabah. 

This can be seen under the SDC framework, where several strategic studies have been  completed to support more balanced, targeted regional development planning, he said. 

Among them are, the Economic Master Plan and Business Plan Study for POIC  Sandakan, the Master Plan and Business Plan Study for the Free Economic Zone,  Logistics Hub and Cold Storage Depot at POIC Lahad Datu, the Sabah Border  Economic Development Study and the Master Plan Study for the Food Valley in Sabah’s  interior. 

“Findings from these studies provide a stronger planning foundation to drive inclusive  and sustainable regional economic growth.

“In ensuring that the balanced regional development agenda continues to be driven  consistently, SEDIA remains relevant as a facilitating and strategic coordinating agency  to accelerate the state’s economic development. 

“SEDIA’s capability is further strengthened through its financial governance with  integrity, as proven by the award of the Clean Audit Certificate for its financial statements  for 16 consecutive years from 2009 to 2024,” he said. 

Hajiji said in line with a people-centric development approach, the implementation of  people-centric infrastructure projects continues to be strengthened to ensure  development benefits are felt inclusively and evenly throughout the state. 

The initiative, implemented from 2020 to 2025 covers small but high-impact projects  across three main development regions - the West Coast, Central and East Coast  Sabah, involving a total of 32 districts and sub-districts. 

He said cumulatively, 1,126 small projects have been implemented as targeted  interventions to enhance socio-economic inclusivity, improve access to basic facilities,  and narrow development gaps between regions and local communities, particularly in  rural areas. 

Meanwhile, the Chief Minister urged all department heads to continue strengthening a  high-performance culture within their respective organisations. 

“The success of the Sabah First agenda demands collective commitment, firm  leadership, and readiness to implement necessary changes in the interest of the people  and the state. 

At the same event, the Chief Minister presented Sumbangan Kasih Ramadan to 16  registered tahfiz centres and Islamic learning institutions. 

Ends