Pelan Induk dan Kajian Kebolehlaksanaan untuk memandu perancangan dan pelaksanaan RMK13 (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah  (SEDIA) telah menyiapkan sembilan laporan Pelan Induk dan Kajian Kebolehlaksanaan  untuk memandu perancangan dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)  bagi tempoh 2026 hingga 2030. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pelan-pelan ini  disediakan bagi meneruskan program dan projek pembangunan wilayah tertinggal. Ini  termasuk Kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah, Malaysia yang  telah mencadangkan empat projek pemangkin dan 27 projek cadangan. 

Selebihnya adalah Kajian Pelan Induk Lembah Makanan di Pedalaman Sabah  melibatkan lima daerah utama iaitu Keningau, Tambunan, Tenom, Tongod dan  Nabawan melibatkan keluasan tanah seluas 2.3 juta hektar, katanya ketika  mempengerusikan mesyuarat Sedia di Menara Kinabalu hari ini. 

Beliau berkata Sedia telah menerima peruntukan berjumlah RM3.7 bilion daripada  Kerajaan Persekutuan sejak penubuhannya sehinggalah Rancangan Malaysia ke-12  (RMK12). 

“Kerajaan Persekutuan, terutama Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan  sejumlah RM646.3 juta kepada SEDIA sepanjang RMK12. Ini menjadikan jumlah  keseluruhannya sebanyak RM3.7 billion sejak penubuhan Sedia bermula RMK9,”  katanya. 

Hajiji mengalu-alukan komitmen berterusan dari Kerajaan Persekutuan dalam RMK13  untuk meningkatkan keseimbangan kemajuan dan pembangunan wilayah yang  ketinggalan. 

“Pembangunan Koridor dan hab pengeluaran khusus akan terus diteroka bagi  memanfaatkan potensi ekonomi kawasan setempat,” katanya. 

Berdasarkan Laporan “Pencapaian Outcome Projek Sabah Development Corridor  (SDC) Rancangan Malaysia Ke-9 hingga Rancangan Malaysia Ke-11” yang menyajikan  ringkasan hasil projek pembangunan utama yang dilaksanakan di bawah Koridor  Pembangunan Sabah (SDC) menunjukkan pencapaian SEDIA yang membanggakan,  katanya.

Antaranya, dalam sektor pertanian dan penternakan iaitu pembangunan Pusat  Penternakan Bersepadu Keningau (KILC) bernilai RM64.1 juta yang menghasilkan  purata pengeluaran susu harian 7,168 liter atau 2.5 juta liter setahun, katanya.  

Beliau menambah, projek ini telah menyumbang 29.6 peratus pengeluaran susu negeri  Sabah pada tahun 2022 serta mewujudkan 78 pekerjaan setakat 2024. 

Dalam sektor Perindustrian dan Logistik pula, Hajiji berkata Palm Oil Industrial Cluster  (POIC Lahad Datu) bernilai RM932 juta yang dibangunkan bagi mempercepatkan  pembangunan industri hiliran kelapa sawit telah menjana pelaburan bernilai RM4.1  billion dan sebanyak 3,099 peluang pekerjaan setakat 2024 dengan 42 syarikat  beroperasi. 

Manakala dalam sektor infrastruktur dan perhubungan, antara hasil terpenting adalah  pembinaan Pejalan Kaki dan Berbasikal dari Tanjung Aru ke UMS (16.1 Kilometer) yang  telah menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya yang nyaman untuk dihuni,  pembinaan Jalan Dua Hala UiTM ke Pelabuhan Kontena Teluk Sepangar sepanjang  3KM dengan terowong 600 Meter sebagai laluan alternatif yang mana telah  mengurangkan masa dan jarak perjalanan.  

Hasil daripada projek ini telah meningkatkan jumlah pelaburan di KKIP sebanyak  RM8.32 billion (2017-2024) dan 5,882 peluang pekerjaan, katanya. 

Sementara itu, pembinaan Jalan Tongod-Pinangah sepanjang 48.5 km dengan kos  RM76.8 juta telah menjimatkan masa perjalanan sehingga 75 peratus daripada empat  jam kepada satu jam, katanya. 

Hajiji berkata SEDIA juga telah mewujudkan Hab Pendidikan Sandakan dengan nilai  RM100 juta sebagai Kluster Pembangunan Model Insan melibatkan empat institusi iaitu  Fakulti Pertanian Lestari UMS, Politeknik Sandakan, Maktab Rendah Sains MARA  (MRSM) Sandakan dan Kolej Vokasional Sandakan 2.  

Katanya, SEDIA telah diberikan mandat untuk melaksanakan inisiatif Madani melibatkan  1,230 projek dalam RMK12 bernilai RM102.3 juta antara lain Pembasmian Kemiskinan,  People Centric, Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). 

“Rekod pelaksanaan projek-projek yang berjaya oleh SEDIA sejak RMK9 hingga  RMK12 ini membuktikan pihak berkuasa itu merupakan agensi yang dapat  mempercepatkan proses pelaksanaan dan membuat penilaian impak di Sabah, sebuah  negeri yang strategik dan berpotensi,” katanya. 

Hajiji berkata pembinaan sebuah negara hanya akan menikmati keharmonian jika  pembangunan wilayah yang ketinggalan dengan wilayah yang pantas membangun  dapat diseimbangkan.  

“Jurang ini harus dirapatkan agar tidak berlaku wilayah yang ketinggalan. Jika perlu  ‘catching up strategies’ atau jalan pintas dapat diaplikasikan samada melalui  penstrukturan dasar dan tindakan.

“Tumpuan tidak seharusnya terlalu menekan kepada Pulangan Pelaburan (ROI) yang  segera tapi setiap sen yang dibelanjakan pasti kerajaan akan mendapat pulangan  melalui kutipan cukai-cukai. Semua pihak akan menikmati dan akhirnya menambah  perbendaharaan negara selain mewujudkan impak sosial seperti pekerjaan dan  perniagaan kecil-kecilan,” katanya. 

Tamat

 

 

English version

KOTA KINABALU: The Sabah Economic Development and Investment Authority  (SEDIA) has completed nine Master Plan and Feasibility Study reports to guide the  planning and implementation of the 13th Malaysia Plan (13MP) from 2026 - 2030. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, who is also SEDIA Chairman said these plans were prepared to continue development programmes and projects in  lagging regions. This include the Sabah Border Economic Development Study, which  proposed four catalytic projects and 27 additional projects. 

Another study is the Sabah Interior Food Valley Master Plan, covering five main districts  - Keningau, Tambunan, Tenom, Tongod and Nabawan involving a land area of 2.3  million hectares, he said when chairing the SEDIA meeting at Menara Kinabalu today. 

Hajiji said SEDIA has received a total allocation of RM3.7 billion from the Federal  Government since its establishment up to the 12MP. 

“The Federal Government, especially the Ministry of Economy, has approved an  allocation of RM646.3 million to Sedia in the 12MP. This brings the total to RM3.7 billion  since Sedia’s establishment, beginning from the 9MP,” he said. 

Hajiji welcomed the Federal Government’s continued commitment under the 13MP to  enhance balanced progress and development in less developed regions. 

“Corridor development and specialised production hubs will continue to be explored to  harness the economic potential of local areas,” he said. 

Based on the “Outcome Achievement Report of Sabah Development Corridor (SDC)  Projects under the 9th to the 11th Malaysia Plans” Report, which summarises the  outcomes of key development projects implemented under the Sabah Development  Corridor (SDC), SEDIA has recorded commendable achievements, he said. 

Among them, in the agriculture and livestock sector, the development of the Keningau  Integrated Livestock Centre (KILC), worth RM64.1 million had achieved an average daily  milk production of 7,168 litres or 2.5 million litres annually, he said. 

He added that the project contributed 29.6 per cent of Sabah’s total milk production in  2022 and created 78 jobs as of 2024.

In the Industrial and Logistics sector, Hajiji said the Palm Oil Industrial Cluster (POIC  Lahad Datu), worth RM932 million and developed to accelerate downstream palm oil  industry development, has generated RM4.1 billion in investments and created 3,099  job opportunities as of 2024, with 42 companies currently operating. 

Meanwhile, in the infrastructure and connectivity sector, among the key outcomes are  the 16.1-kilometre pedestrian and cycling pathway from Tanjung Aru to UMS, which has  enhanced Kota Kinabalu City’s liveability, and the dual-carriageway road from UiTM to  the Sepangar Bay Container Port spanning 3 kilometres, including a 600-metre tunnel  serving as an alternative route that has reduced travel time and distance. 

As a result of this project, the total investments in KKIP increased to RM8.32 billion  (2017–2024) and created 5,882 job opportunities, he said. 

Meanwhile, the construction of the 48.5-kilometre Tongod–Pinangah road at a cost of  RM76.8 million has reduced travel time by up to 75 per cent, from four hours to one hour,  he said. 

Hajiji said SEDIA has also established the Sandakan Education Hub, worth RM100  million, as a Human Capital Development Model Cluster involving four institutions - the  Faculty of Sustainable Agriculture, UMS; Sandakan Polytechnic; MARA Junior Science  College (MRSM) Sandakan; and Sandakan Vocational College 2. 

He said SEDIA has been mandated to implement Madani initiatives involving 1,230  projects under 12MP worth RM102.3 million, including poverty eradication, people centric programmes, the People’s Facilities Initiative (IKR), and the People’s Income  Initiative (IPR). 

“SEDIA’s track record in implementing projects successfully from the 9MP to the 12MP  proves that the authority is an agency capable of accelerating implementation processes  and conducting impact assessments in Sabah, a strategic and high-potential state,” he  said. 

Hajiji said that nation-building can enjoy harmony only if development between less  developed and rapidly developing regions is balanced. 

“This gap must be narrowed to prevent regions from being left behind. If necessary,  ‘catching up strategies’ or shortcut approaches can be applied through policy  restructuring and decisive action. 

“The focus should not be overly centred on immediate Return on Investment (ROI), but  every cent spent will yield returns to the government through tax collection. All parties  will benefit and ultimately contribute to the national treasury, in addition to creating social  impacts such as employment and small businesses,” he added. 

Ends