Kerjasama kukuh antara kerajaan dan FCAS perkukuh kesejahteraan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata  semangat kerjasama yang kukuh antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat seperti  Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) mampu membantu memelihara  kesejahteraan negeri Sabah. 

“Saya percaya melalui semangat kerjasama ini kita akan terus dapat memperkukuh  kestabilan sosial, memajukan ekonomi rakyat. 

“Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang  sentiasa menitikberatkan pembangunan yang inklusif dan seimbang, agar semua kaum  dan komuniti mendapat manfaat daripada kemajuan negeri,” katanya pada Pesta  Angpau FCAS di Dewan Hakka di sini malam ini. 

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya dan Utiliti  Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

Menurutnya, FCAS yang menghimpunkan 160 buah persatuan Cina dari seluruh Negeri  Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan memainkan peranan penting dalam  memelihara budaya, memperkukuh perpaduan masyarakat dan menyumbang kepada  pembangunan sosial serta ekonomi Sabah. 

“Pesta Angpau seperti yang dianjurkan FCAS bukan sekadar acara perayaan, tetapi  lambang perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum  di negeri ini.  

“Kehadiran kita pada malam ini mencerminkan keharmonian yang telah sekian lama  menjadi kekuatan Sabah.  

“Justeru, kerajaan negeri amat menghargai kerjasama erat yang terjalin antara kerajaan  dan Gabungan Persatuan Cina Sabah dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan,  kebajikan masyarakat, kegiatan kebudayaan dan pembangunan komuniti di negeri ini,”  katanya. 

Tamat

 

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that  strong cooperation between the government and community organisations, such as the  Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS), can help safeguard the well-being  of the state of Sabah. 

“I believe that through this spirit of cooperation, we will continue to strengthen social  stability and advance the people’s economy. 

“This is in line with the State Government’s aspirations under the Hala Tuju Sabah Maju  Jaya , which consistently emphasises inclusive and balanced development so that all  races and communities benefit from the state’s progress,” he said at the FCAS Angpow Festival at the Hakka Hall here tonight. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister I/Minister of Works and Utilities,  Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam. 

According to him, FCAS, which comprises 160 Chinese associations from across the  state and the Federal Territory of Labuan, plays an important role in preserving culture,  strengthening community unity, and contributing to Sabah’s social and economic  development. 

“The Angpow Festival organised by FCAS is not merely a festive event, but a symbol of  unity, goodwill, and the spirit of togetherness among the multi-racial community in this  state. 

“Our presence tonight reflects the harmony that has long been Sabah’s strength. 

“Therefore, the State Government greatly appreciates the close cooperation established  between the government and the Federation of Chinese Associations Sabah in various  fields, including education, social welfare, cultural activities, and community  development in this state,” he said. 

Ends