Kerajaan Negeri pantau rapi situasi banjir (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan yang terjejas.
Beliau berkata semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan yang terjejas.
"Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk mengaktifkan jenteranya bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan," katanya.
Menurut JPBN, seramai 336 individu daripada 111 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas.
JPBN juga sedang memantau situasi di Sandakan dan Paitan.
Ketua Menteri menasihati penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan, susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Sementara itu, Kerajaan Negeri hari ini menyampaikan sumbangan kepada 16 individu yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada 18 Februari lalu.
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sembulan.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has assured that the State Government through the State Disaster Command Centre (JPBN), is closely monitoring the flood situation in affected areas.
He said all available resources are being deployed through the district Disaster Management Committees to provide relief and assist victims in the affected areas.
"I have instructed the Disaster Management Committee to activate its machinery to ensure swift assistance is rendered to those in need," he said.
According to the JPBN, 336 individuals from 111 families have been evacuated to five Temporary Evacuation Centres (PPS) in Kota Marudu and Pitas.
JPBN is also monitoring the situation in Sandakan and Paitan.
The Chief Minister advised residents in low-lying and high-risk areas to remain vigilant and prioritise safety, following the adverse weather warnings issued by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).
Meanwhile, the State Government handed contributions to 16 individuals affected by the February 18 fire in Kampung Tanjung Aru, today.
Putatan MP Datuk Shahelmey Yahya and Yayasan Kebajikan Sabah Director Datuk Diyanah Abdullah handed over the contributions at the Kampung Sembulan Temporary Evacuation Centre.
Ends
