KM terima kunjungan hormat Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima  kunjungan hormat Duta Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, TYT Rafael Daerr, di pejabatnya di  Menara Kinabalu pada Khamis. 

Dalam pertemuan itu, Rafael Daerr menegaskan bahawa Sabah mempunyai kedudukan penting  dalam hubungan EU–Malaysia, selari dengan peranan strategik negeri ini di rantau Asia  Tenggara serta potensi besar dalam bidang ekonomi, pembangunan mampan dan hubungan  antarabangsa. 

Beliau turut menyatakan komitmen Kesatuan Eropah untuk terus memperkukuh hubungan  dengan Sabah, berlandaskan hubungan baik dan penglibatan positif yang telah terjalin sejak  beberapa tahun kebelakangan ini. 

Hajiji menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka terhadap kerjasama  antarabangsa yang selari dengan hala tuju pembangunan negeri dan mampu memberi manfaat  jangka panjang kepada rakyat, khususnya dalam mempercepat agenda pembangunan Sabah. 

Berdasarkan keutamaan dan hala tuju kerajaan negeri itu, Hajiji dan Rafael Daerr turut bertukar  pandangan mengenai kemungkinan kerjasama masa depan antara EU dan Sabah, bukan  sahaja meneruskan bentuk penglibatan sedia ada, malah meneroka peluang baharu yang lebih  strategik dan berimpak tinggi. 

Perbincangan kedua-dua pihak itu turut menyentuh pendekatan memperluas kerjasama dalam  pelbagai bidang yang berpotensi, sejajar dengan visi pembangunan Sabah dan kepentingan  bersama Kesatuan Eropah. 

Terdahulu, Rafael Daerr menghadiri majlis pelancaran Buku Sistem Jaminan Perundangan  Kayu Sabah Plus (Sabah TLAS+), iaitu sistem pertama seumpamanya di dunia yang  menyelaraskan secara menyeluruh aspek perundangan, keperluan bebas penebangan hutan di  bawah Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), serta prinsip kelestarian  sukarela dalam satu rangka kerja bersepadu.  

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Konsul Republic Korea di Kota Kinabalu,  Encik Choi Bongkyu. 

Kunjungan Choi itu adalah pertemuan pertamanya dengan Ketua Menteri selepas dilantik  sebagai Konsul Republik Korea di Sabah pada November lalu. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor received a courtesy  call from the Ambassador of the European Union (EU) to Malaysia, HE Rafael Daerr, at his office  in Menara Kinabalu on Thursday. 

During the meeting, Rafael Daerr emphasised that Sabah holds a significant position in EU - Malaysia relations, reflecting the state’s strategic role in the Southeast Asian region and its vast  potential in economics, sustainable development, and international relations.  

He also expressed the European Union's commitment to further strengthening ties with Sabah,  building on the strong relations and positive engagement established over recent years. 

Hajiji reiterated that the State Government remains open to international cooperation that aligns  with the state’s development direction and provides long-term benefits to the people, particularly  in accelerating Sabah’s development agenda. 

Based on the state government's priorities and direction, Hajiji and Rafael Daerr exchanged  views on potential future cooperation between the EU and Sabah, looking to not only continue  existing engagements but also explore new, strategic, and high-impact opportunities.  

The discussion also touched upon expanding cooperation across various potential sectors,  consistent with Sabah’s development vision and the mutual interests of the European Union. 

Earlier, Rafael Daerr attended the launch of the Sabah Timber Legality Assurance System Plus  (Sabah TLAS+) booklet. This system is the first of its kind in the world to comprehensively align  legal aspects, deforestation-free requirements under the European Union Deforestation  Regulation (EUDR), and voluntary sustainability principles within a single integrated framework.  

Later, Hajiji also received a courtesy call by the Consul of the Republic of Korea in Kota Kinabalu,  Mr. Choi Bongkyu. 

The visit was Choi’s first meeting with the Chief Minister since his appointment as the Consul of  the Republic of Korea in Sabah last November.  

Ends