Ketua Menteri alu-alukan inisiatif penyertaan tempatan Shell Malaysia (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu alukan inisiatif Shell Malaysia untuk memperkasakan penyertaan tempatan dalam  industri minyak dan gas negeri yang bertujuan memperluas peluang ekonomi bagi  rakyat Sabah. 

Beliau berkata, pada tahun lalu Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran peningkatan  sebanyak 100 peratus bagi nilai kontrak Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas  (OGSE) yang dianugerahkan kepada syarikat tempatan. 

“Sasaran ini menekankan komitmen jitu negeri untuk memperkukuh penglibatan  tempatan dan memupuk ekosistem tenaga tempatan yang berdaya tahan,” tambahnya.  

Ketua Menteri berkata demikian semasa kunjungan hormat daripada Pengerusi Shell  Malaysia dan Naib Presiden Kanan Huluan Malaysia, Siti Sulaiman di Menara Kinabalu,  di sini hari ini. 

Dalam pertemuan itu, Siti memberi taklimat perkembangan perniagaan mengenai aktiviti  dan projek Shell yang sedang berjalan di Sabah, termasuk usaha syarikat dalam  memupuk keusahawanan tempatan melalui program Shell LiveWIRE.  

Turut hadir ialah Pengurus Besar Sabah Shell, Alexon Jong, Pengurus Besar  Perhubungan Korporat Malaysia Timur Shell Malaysia, Jonathan Jolly dan Penasihat  Perhubungan Korporat Malaysia Timur Shell Malaysia, Liz Kumar. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed  Shell Malaysia’s initiatives to boost local participation in the state’s oil and gas industry,  aimed at expanding economic opportunities for Sabahans. 

He said, last year the State Government has set a 100 per cent target to increase the  value of Oil and Gas Services and Equipment (OGSE) contracts awarded to local  companies.  

“This target underscores the state’s firm commitment to strengthening local involvement  and fostering a resilient, homegrown energy ecosystem,” he added. 

The Chief Minister said this during a courtesy visit by Shell Malaysia’s Country Chair  and Senior Vice President of Upstream Malaysia, Siti Sulaiman at Menara Kinabalu, here today. 

During the meeting, Siti gave a business update on Shell’s ongoing activities and  projects in Sabah including the company’s efforts to nurture local entrepreneurship  through its Shell LiveWIRE programme.  

Accompanying Siti were Alexon Jong, General Manager of Sabah Shell, Jonathan Jolly,  General Manager, Corporate Relations East Malaysia, Shell Malaysia and Liz Kumar,  Corporate Relations Advisor - East Malaysia, Shell Malaysia. 

Ends