Kerajaan Negeri jalin kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah tahun ini.
Perkara itu dibincangkan ketika delegasi jabatan itu, diketuai Pengarahnya Mohd Yusni Mohamed Ali, membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Kerjasama strategik itu merangkumi temu bual naratif khas bersama Ketua Menteri yang menggariskan hala tuju dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk negeri dan rakyat.
Mohd Yusni turut memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program TV dan radio untuk mempromosikan Sabah seperti Sabah Berselawat, Bintang Sandakan, dan Sabah Vfm Songs Award, yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun lalu.
Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah (Rancangan Radio) Artika Matbee, Penolong Pengarah (Penerbitan TV) Effa Dian Ali, Penolong Pengarah (Berita Ehwal Semasa) Sugiman Rafai serta Penolong Pengarah (Cawangan Khidmat Pengurusan) Sarinah Abdul Hamid.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government is forging a strategic cooperation with the Sabah Malaysia Broadcasting Department this year.
The matter was discussed when a delegation from the department, led by Director Mohd Yusni Mohamed Ali met with Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor at Menara Kinabalu near here today.
The strategic cooperation includes a special narrative interview with the Chief Minister outlining the State Government’s direction and initiatives for the state and the people.
Mohd Yusni also briefed Hajiji on TV and radio programmes to promote Sabah such as Sabah Berselawat, Bintang Sandakan, and the Sabah Vfm Songs Award, which were aired on Radio Televisyen Malaysia (RTM) last year.
In the delegation were Principal Assistant Director (Radio Programming) Artika Matbee, Assistant Director (TV Production) Effa Dian Ali, Assistant Director (News and Current Affairs) Sugiman Rafai and Assistant Director (Management Service) Sarinah Abdul Hamid.
Ends
