Ketua Menteri ambil alih jawatan Pengerusi TAED (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED).
Bekas pengerusi, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyerahkan tugas tersebut kepada Ketua Menteri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Kinabalu.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh, Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Philemon Lajawai.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor takes over chairmanship of the Tanjung Aru Eco Development (TAED) today.
Former chairman Tan Sri Pandikar Amin Mulia handed over duties to the Chief Minister in a brief ceremony at Menara Kinabalu.
Also present were State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, State Attorney General Datuk Brenndon Keith Soh, Finance Permanent Secretary Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, State Public Service Commission Chairman Tan Sri Sukarti Wakiman, Kota Kinabalu Mayor Datuk Sabin Samitah, Land and Survey Department Director Datuk Bernard Liew and Public Works Director Datuk Philemon Lajawai.
Ends
