Sabah alu-alukan kehadiran pelabur asing (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Sabah sentiasa mengalu-alukan kehadiran dan sokongan pelabur  antarabangsa berwibawa yang mampu membawa nilai tambah kepada pembangunan  industri tenaga, minyak dan gas negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Kerajaan Negeri  komited menyediakan persekitaran pelaburan yang stabil, kondusif dan berdaya saing  bagi menarik pelaburan berkualiti tinggi, khususnya dalam sektor tenaga dan minyak. 

“Kerjasama strategik antara syarikat minyak antarabangsa dan pemain industri utama  perlu memberi manfaat jangka panjang kepada negeri serta rakyat Sabah,” katanya  ketika memerima kunjungan hormat Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  ConocoPhillips, Encik Ryan Lance di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Khamis. 

Sementara itu, Ryan Lance memaklumkan ConocoPhillips merupakan antara syarikat  minyak utama dari Amerika Syarikat serta pemain bebas terbesar dunia dalam aktiviti  penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas, dengan operasi di pelbagai rantau  strategik global. 

Katanya, ConocoPhillips, memberikan tumpuan pelaburan di Sabah dan pada masa  sama mengukuhkan komitmen jangka masa panjangnya terhadap Malaysia. 

"Kami bangga kerana dapat bersama-sama untuk membangunkan industri minyak dan  gas di Sabah, dan yakin industri ini menyediakan pertumbuhan masa hadapan yang  amat cerah kepada Sabah", katanya yang kali pertama melawat Sabah. 

ConocoPhillips Sabah Gas kini menjadi pengendali tunggal bagi Kluster Kontrak  Perkongsian Pengeluaran (PSC) Kebabangan (KBBC) di Sabah, selepas Petronas  memindahkan pengendalian itu kepadanya pada 21 Januari 2025, menjadikannya  pengendali tunggal kluster medan minyak dan gas tersebut.  

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Sabah welcomes reputable international investors who can bring  added value to the development of the state's energy, oil, and gas industries.  

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that the State Government  is committed to providing a stable, conducive, and competitive investment environment  to attract high-quality investments, particularly in the energy and oil sectors. 

“Strategic cooperation between international oil companies and key industry players  must provide long-term benefits to the state and the people of Sabah,” he said during  the courtesy call by ConocoPhillips Chairman and Chief Executive Officer (CEO), Mr.  Ryan Lance at his office in Menara Kinabalu, on Thursday.  

Meanwhile, Ryan Lance shared that ConocoPhillips is among the leading oil companies  from the United States and the world's largest independent player in oil and gas  exploration and production, with operations across various strategic global regions. 

He said that ConocoPhillips is focusing its investment in Sabah while simultaneously  strengthening its long-term commitment to Malaysia.  

"We are proud to work together to develop the oil and gas industry in Sabah and are  confident that this industry offers a very bright future for the state's growth," said Lance,  who was making his first visit to Sabah. 

ConocoPhillips Sabah Gas is now the sole operator of the Kebabangan (KBBC)  Production Sharing Contract (PSC) Cluster in Sabah, following the transfer of operations  from Petronas on January 21, 2025.  

Ends