PPM harus laksana tugas dengan penuh integriti (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor  menasihatkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) agar menjalankan tugas  mereka dengan penuh integriti kerana mereka mewakili Kerajaan Negeri di kawasan  masing-masing.  

Beliau berkata PPM yang berkhidmat di kawasan pembangkang, khususnya, memikul  tanggungjawab yang besar untuk meraih kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Negeri  pimpinan GRS. 

“Selain mematuhi arahan kerajaan, peranan PPM di kawasan pembangkang adalah  mencabar. Kamu adalah mata dan telinga kerajaan. Laksanakanlah tugas dengan baik,”  katanya selepas merasmikan majlis angkat sumpah fasa kedua bagi 35 PPM, yang  mana kebanyakannya akan berkhidmat di kawasan pembangkang di Menara Kinabalu,  disini hari ini.  

Seramai 45 PPM telah mengangkat sumpah jawatan pada majlis angkat sumpah  pertama pada 13 Januari lalu. 

“Kamu mesti menjaga imej kerajaan. Jangan lakukan perkara demi kepentingan  peribadi. Jika saya mendapati ada yang mengejar kepentingan sendiri dan  mengabaikan rakyat, saya tidak akan teragak-agak untuk memecat mereka. Jangan  salah gunakan kuasa tetapi berikan keutamaan kepada mereka yang benar-benar  memerlukan bantuan,” katanya. 

Hajiji juga menegaskan semula bahawa PPM mesti menjelaskan kepada peringkat akar  umbi mengenai dasar, inisiatif dan pencapaian Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju  Sabah Maju Jaya (SMJ).  

Turut hadir ialah menteri-menteri kabinet dan Pengarah Unit PPM, Datuk Awang Kadin  Tang. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor advised  Community Development Leaders (PPM) to discharge their duties with integrity because  they represent the State Government in their respective constituencies. 

He said PPM serving in the opposition constituencies, in particular, have a heavy  responsibility of earning the people’s trust in the GRS-led State Government. 

“Apart from following the instructions of the government, the role of PPM in opposition  areas is challenging. You are the government's eyes and ears. Do your job properly,” he  said after officiating the second phase oath-taking ceremony of 35 PPMs, most of whom  will be placed in opposition constituencies at Menara Kinabalu, near here today.  

45 PPMs took their oath of office at the first oath-taking ceremony on January 13. 

“You must safeguard the image of the government. Do not do things for personal gain.  If I find those pursuing their own interests and neglecting the people, I will not hesitate  to sack them. Do not abuse your power but give priority to those who are really in need  of assistance,” he said. 

Hajiji also reiterated that the PPM must explain to the grassroots about the State  Government’s policy, initiatives and achievements under the Hala Tuju Sabah Maju Jaya  (SMJ). 

Also present were cabinet ministers and Director of the PPM Unit, Datuk Awang Kadin  Tang. 

Ends