KM: Sabah alu-alukan pelabur China (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelabur asing, khususnya dari Republik Rakyat China, untuk meneroka peluang pelaburan strategik di Sabah bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata Sabah mempunyai potensi besar merangkumi pelbagai sektor utama termasuk industri minyak dan gas, tenaga, ekonomi biru, pelancongan, pertanian moden serta industri berkaitan teknologi hijau.
Beliau berkata, kerjasama pelaburan dengan China dilihat berupaya memberi manfaat bersama, khususnya dalam pemindahan teknologi, penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan rantaian ekonomi tempatan.
“Sabah sentiasa mengalu-alukan pelabur asing yang berminat untuk melabur di negeri ini kerana banyak sektor ekonomi berpotensi yang boleh diterokai secara bersama dan berdaya maju untuk jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Dr. Zhu Xinglong, bersama pegawainya di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Khamis.
Dalam pertemuan itu, Hajiji turut menyatakan harapan agar pejabat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dapat membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang kondusif dalam kalangan komuniti perniagaan dan pelabur dari China.
Sementara itu, Dr. Zhu memberi taklimat mengenai pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihaknya dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik, ekonomi dan kebudayaan antara Sabah dan China.
Beliau turut menjemput Hajiji menghadiri beberapa majlis rasmi anjuran pejabat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu pada tahun hadapan, selain menyampaikan jemputan lawatan rasmi ke beberapa wilayah di China bagi meneroka potensi kerjasama lebih luas.
Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government always welcomes foreign investors, especially from the People's Republic of China, to explore strategic investment opportunities in Sabah to boost economic growth and sustainable development.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said Sabah has great potential across various key sectors including oil and gas, energy, blue economy, tourism, modern agriculture, and green technology-related industries.
He said investment cooperation with China is seen as capable of providing mutual benefits, particularly in technology transfer, job creation, and the development of local economic chains.
"Sabah always welcomes foreign investors interested in investing in the state because there are many potential economic sectors that can be explored collaboratively and are viable for the long term," he said.
He said this at the courtesy call by the Consul General of the People's Republic of China in Kota Kinabalu, Dr. Zhu Xinglong, along with his officials, at his office in Menara Kinabalu, on Thursday.
During the meeting, Hajiji also expressed hope that the Consulate General of the People's Republic of China's office in Kota Kinabalu could help promote Sabah as a conducive investment destination among the business community and investors from China.
Meanwhile, Dr. Zhu briefed the Chief Minister on various programs and activities carried out by his office in an effort to strengthen diplomatic, economic, and cultural ties between Sabah and China.
He also invited Hajiji to attend several official functions organized by the Consulate General of the People's Republic of China's office in Kota Kinabalu next year, as well as extending an official invitation to the Chief Minister to visit several provinces in China to explore broader trade cooperation.
Also present was Assistant Minister to the Chief Minister, Datuk Ceasar Mandela Malakun.
Ends
