KM bangga pencapaian anak Sabah terima Anugerah Kepimpinan ASEAN (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menzahirkan rasa  bangga terhadap pencapaian anak jati Sabah, Encik Gerald Wong, yang dipilih sebagai  penerima “The 7th ASEAN Rural Development and Poverty Eradication Leadership Award”,  sekali gus mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di peringkat serantau. 

Katanya, kejayaan Gerald yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Farm Tokou dari  Telupid itu membuktikan keupayaan anak Sabah untuk bersaing serta memimpin inisiatif  pembangunan luar bandar di peringkat ASEAN. 

“Saya merakamkan tahniah atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Kejayaan saudara  Gerald wajar dijadikan contoh, khususnya kepada golongan belia Sabah, bahawa usaha gigih  dan komitmen dalam membangunkan masyarakat mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa,”  katanya semasa bertemu Gerald di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis. 

Gerald merupakan antara 20 penerima anugerah daripada 10 negara ASEAN, sekali gus  meletakkan Sabah sebaris dengan tokoh-tokoh pembangunan luar bandar serantau yang  menunjukkan kepimpinan cemerlang dalam usaha pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan  komuniti. 

Mengulas pengiktirafan diterimanya, Gerald berkata, anugerah berkenaan adalah hasil usaha  kolektif bersama komuniti luar bandar yang terlibat secara langsung dalam pelbagai inisiatif  pertanian moden yang dilaksanakan. 

“Melalui Farm Tokou, kami memperkenalkan pendekatan pertanian moden seperti hidroponik,  akuaponik serta sistem pertanian berteknologi, disokong latihan kemahiran dan pembangunan  ekonomi komuniti yang membantu menjana pendapatan sampingan secara mampan,” katanya. 

Beliau berkata, setakat ini Farm Tokou telah beroperasi di Telupid dan Penampang, selain  membimbing lebih 100 komuniti luar bandar di 10 daerah sejak 2023, termasuk Telupid,  Penampang, Sook, Ranau, Kudat dan Papar. 

Menurutnya, kejayaan itu bukan milik individu semata-mata, sebaliknya kejayaan bersama  komuniti luar bandar yang komited menerima perubahan dan inovasi dalam sektor pertanian. 

“Anugerah ini adalah milik semua komuniti yang percaya bahawa pertanian moden mampu  menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi luar bandar,” katanya. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor praised the achievement of Sabahan, Mr. Gerald Wong, a recipient of the 7th ASEAN Rural  Development and Poverty Eradication Leadership Award, for bringing honor to Sabah  and Malaysia at the regional level. 

He said Gerald's success, as founder and Chief Executive Officer of Farm Tokou from  Telupid, demonstrates the capability of Sabahans to compete and lead rural  development initiatives at the ASEAN level. 

"Congratulations on this proud achievement. Gerald's success should be emulated,  especially by Sabah's youth, proving that diligent effort and commitment in community  development can be recognized internationally," he said during a meeting with Gerald  at his office in Menara Kinabalu, here on Thursday. 

Gerald is among 20 award recipients from 10 ASEAN countries, placing Sabah  alongside regional rural development figures who have shown outstanding leadership in  poverty eradication and community empowerment efforts. 

Commenting on the recognition he received, Gerald said the award is the result of  collective effort with rural communities directly involved in various modern agricultural  initiatives implemented. 

"Through Farm Tokou, we introduce modern agricultural approaches such as  hydroponics, aquaponics, and technology-driven farming systems, supported by skills  training and community economic development that help generate sustainable  supplementary income," he said. 

He added that Farm Tokou has so far operated in Telupid and Penampang, in addition  to guiding over 100 rural communities in 10 districts since 2023, including Telupid,  Penampang, Sook, Ranau, Kudat, and Papar. 

According to him, this success does not belong to the individual alone, but is a shared  success with rural communities committed to embracing change and innovation in the  agricultural sector. 

"This award belongs to all communities who believe that modern agriculture can be a  catalyst for rural economic development," he stated. 

Ends