LKTNS serah pendapatan dan dividen RM21.3 juta kepada peneroka di Sabah

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)  menyerahkan Pendapatan dan Dividen berjumlah RM21.3 juta kepada wakil peneroka  dan peserta dari Wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat, Sabah, hari ini. 

Replika cek pendapatan dan dividen itu telah diserahkan oleh Pengurus Besar LKTNS,  Datuk Syaheddrul R Joddari kepada wakil peneroka, Mohd Adzlie Jaidih (dua dari  kanan) dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji  Noor, pada majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di bangunan Dewan Undangan  Negeri (DUN) Sabah. 

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar  Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani  Mohamed Yassin. 

Menurut Syaheddrul, walaupun berdepan pelbagai cabaran, LKTNS kekal komited  memastikan kebajikan peneroka dan peserta terpelihara melalui pengurusan berhemah  serta strategi pembangunan yang mampan. 

Katanya, agihan dividen dan pendapatan kepada 2,119 peneroka LKTNS ini juga  sebagai tanda menyokong komitmen kerajaan negeri dan Persekutuan dalam  membasmi kemiskinan dan memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar. 

Tamat