KM ziarah jenazah Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menziarah  jenazah Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin di Idang Residen,  Luyang, untuk memberi penghormatan terakhir pada Jumaat. 

Beliau berkata, Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang banyak berjasa  kepada negeri, terutama sekali di kawasan beliau. 

"Sebagai sahabat lama, saya amat bersimpati dan mengingati Allahyarham khususnya  ketika beliau dalam keadaan sakit sebelum ini. 

“Saya bagi pihak keluarga dan kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga  Allahyarham (Bung Moktar). 

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama  roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh", katanya kepada media selepas  menziarahi jenazah Allahyarham. 

Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag  menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima  rawatan di Hospital Gleneagles. 

Tamat