KM terima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Indonesia baharu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima  kunjungan hormat daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota  Kinabalu, yang baru, Bapak Noorman Effendi, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri  Gaya, di sini pada Isnin. 

Hajiji mengucapkan tahniah kepada Noorman atas pelantikannya dan berharap  hubungan diplomatik dan kerjasama erat dua hala antara Sabah dan Republik  Indonesia, khususnya dalam aspek ekonomi, pelaburan, pendidikan, tenaga kerja dan  lain-lain terus dipertingkatkan. 

Kedua-dua pihak turut membincangkan usaha memperkukuh jaringan hubungan rakyat  dengan rakyat antara Sabah dan wilayah-wilayah di Indonesia yang mempunyai  persamaan geografi dan budaya, serta interaksi masyarakat kedua negara yang telah  lama terjalin.  

Tamat