Sabah sambut baik keputusan bersejarah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyampaikan penghargaan kepada Perdana  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Persekutuan atas keputusan  bersejarah untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang  mengesahkan semula hak perlembagaan Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keputusan itu  menunjukkan bahawa Perdana Menteri memahami harapan dan aspirasi rakyat Sabah,  serta mencerminkan komitmen tulen beliau untuk menegakkan apa yang dijamin di  bawah Perlembagaan Persekutuan. 

“Dalam pertemuan dan perbincangan saya dengan Perdana Menteri, saya telah  menyatakan pendirian tegas Kerajaan Negeri bahawa hak perlembagaan Sabah mesti  dihormati, diiktiraf dan dilaksanakan. Keputusan untuk tidak membuat rayuan ini  mencerminkan hubungan kerja yang kukuh antara Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan  Rakyat Sabah (GRS) dan Putrajaya,” katanya. 

Hajiji menambah bahawa menghormati keputusan mahkamah merupakan langkah  penting ke arah merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung  Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar di mana infrastruktur, pertanian dan  kemudahan asas masih ketinggalan. 

“Rakyat Sabah telah menunggu terlalu lama. Apa yang diperlukan kini ialah tindakan  tegas dan kemahuan politik yang tulen untuk menunaikan serta melaksanakan hak 40  peratus itu,” katanya. 

Ketua Menteri turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri bersedia untuk terus  berunding secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan arahan  mahkamah untuk menyemak dan memuktamadkan perjanjian tersebut, sambil menyeru  rakyat agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri. 

Tamat

English Version 

KOTA KINABALU: The State Government has expressed its gratitude to Prime Minister  Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Federal Cabinet for their historic decision not to  appeal the High Court ruling reaffirming Sabah’s constitutional right to the 40 percent  special grant. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the decision demonstrates  that the Prime Minister understands Sabah’s expectations and aspirations, and reflects  his genuine commitment to uphold what is guaranteed under the Federal Constitution. 

“In my meetings and engagements with the Prime Minister, I have conveyed the State  Government’s firm position that Sabah’s constitutional rights must be respected,  honoured, and fulfilled. The decision not to appeal reflects the strong working  relationship between the Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-led State Government and  Putrajaya,” he said. 

Hajiji added that honouring the court’s decision represents a defining step toward  narrowing Sabah’s development gap with Peninsular Malaysia, particularly in rural areas  where infrastructure, agriculture, and basic amenities continue to lag behind. 

“Sabahans have waited long enough. What is needed now is firm action and genuine  political will to honour and implement the 40 percent entitlement,” he said. 

The Chief Minister reiterated that the State Government remains ready to engage  constructively with the Federal Government to implement the court’s directive to review  and finalise the agreement, while calling on the people to continue supporting the Prime Minister’s leadership. 

Ends