Perdana Menteri menghadiri Rumah Terbuka Raya Kerajaan Negeri Ahad ini

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri rumah  terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Sabah International Convention  Centre (SICC) pada Ahad, 30 April ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Arif yang juga pengerusi penganjur  berkata Perdana Menteri telah menerima jemputan Kerajaan Negeri untuk menghadiri  rumah terbuka itu. 

“Perdana Menteri akan bersama-sama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin  dan isteri Toh Puan Hajah Dr Norlidah Tan Sri R.M. Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri  Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan barisan Kabinet Negeri pada sambutan itu. 

Ariffin berkata orang ramai turut dijemput ke rumah terbuka itu yang bermula pada jam  10.00 pagi. 

Tamat