Sokong Kerajaan Negeri sedia ada dalam memajukan Sabah (Dwiabahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berharap rakyat di negeri ini, termasuk masyarakat Cina, akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri sedia ada dalam usaha memajukan Sabah.
“Kerajaan Negeri pada masa ini akan terus memacu pembangunan kerana menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya semasa sambutan Pesta Tanglung 2025 di Dewan Putra, Bukit Padang dekat sini malam ini.
Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Christina Liew.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri amat menghargai sumbangan serta dedikasi masyarakat Cina dalam membantu membangunkan negeri ini.
“Oleh itu, marilah kita terus memelihara dan memperkukuh perpaduan ini serta menjadikan Sabah contoh bagaimana kepelbagaian mampu menjadi kekuatan yang menyatukan kita semua.
“Dalam semangat perayaan ini, marilah kita memperbaharui komitmen untuk bekerjasama demi kemajuan Sabah,” katanya.
Hajiji berkata Sabah merupakan contoh unggul bagi Malaysia dalam mengekalkan keharmonian berbilang kaum.
“Dengan lebih daripada 30 kumpulan etnik, kita hidup dalam suasana saling menghormati. Kepelbagaian ini adalah satu anugerah yang menjadikan Sabah benar-benar istimewa. Keharmonian yang kita nikmati bukanlah secara kebetulan, tetapi hasil daripada semangat kebersamaan, toleransi dan rasa hormat yang diamalkan oleh setiap rakyat Sabah.
“Semangat ini jelas terlihat dalam cara kita menyambut pelbagai perayaan seperti Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Krismas bersama-sama.
“Oleh itu, kepelbagaian budaya yang kita miliki di Sabah mesti terus diraikan oleh semua, tanpa mengira bangsa atau agama.
“Kepelbagaian ini, termasuklah perayaan seperti Pesta Tanglung, telah membantu menyatukan rakyat negeri ini untuk hidup dalam suasana aman dan harmoni. Inilah keunikan dan kekuatan Sabah,” katanya.
“SABAH MAJU JAYA”
Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Aras 31, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
2
Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memupuk perpaduan melalui pelbagai program dan inisiatif, walaupun usaha tersebut memerlukan sokongan semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan serta pemimpin masyarakat.
“Oleh itu, saya berharap rakyat negeri ini akan terus bersatu padu dan tidak mudah terpengaruh dengan naratif tidak berasas yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negeri.
“Selain itu, bidang lain seperti pendidikan, pembangunan modal insan, dan kesejahteraan rakyat turut menjadi keutamaan utama Kerajaan Negeri.
“Kita sedar terdapat cabaran yang perlu ditangani, termasuk isu yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu seperti bekalan air dan elektrik.
“Namun, kerajaan sedia ada akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu-isu ini melalui inisiatif jangka pendek dan jangka panjang. Apa yang paling penting ialah sokongan rakyat agar Sabah terus makmur dalam Malaysia,” katanya.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hopes that people in the state, including the Chinese community, will continue to support the present State Government to further develop Sabah.
“The current State Government will continue to drive development because it is our duty to give the best to the people,” he said at the Pesta Tanglung 2025 celebration at the Putra Ballroom, Bukit Padang near here tonight.
Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Seri Panglima Christina Liew delivered his speech.
Hajiji said the State Government deeply values the contributions and dedication of the Chinese community in helping to develop the state.
“Therefore, let us continue to preserve and strengthen this unity and make Sabah an example of how diversity can be a force that unites us all.
“In the spirit of this celebration, let us renew our commitment to working together for the progress of Sabah,” he said.
Hajiji said Sabah is a shining example for Malaysia in preserving multi-ethnic harmony.
“With more than 30 ethnic groups, we live in an environment of mutual respect. This diversity is a blessing that makes Sabah truly special. The harmony we enjoy is not by chance, it is the result of the spirit of togetherness, tolerance, and respect practised by every Sabahan.
“This spirit is evident in the way we celebrate various festivals such as Chinese New Year, the Lantern Festival, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan Festival, and Christmas together.
“Therefore, the cultural diversity we have in Sabah must continue to be celebrated by everyone, regardless of race or religion.
“This diversity, including festivals like the Lantern Festival, has helped unite the people of this state to live in peace and harmony. This is the uniqueness and strength of Sabah,” he said.
Hajiji assured that the State Government will continue to promote unity through various programmes and initiatives, although such effort requires the support of all parties, including non-governmental organisations and community leaders.
“Therefore, I hope the people of this state will remain united and not be easily swayed by baseless narratives spread by irresponsible parties,” he said.
The Chief Minister said the State Government has implemented various programmes to improve the economy of the people and the state.
“Beyond that, other areas such as education, human capital development, and the well being of the people are also key priorities of the state government.
“We know there are challenges to address, including those inherited from previous administrations, such as water and electricity supply.
“However, the current government will continue to do its best to resolve these issues through both long-term and short-term initiatives. What matters most is the support of the people so that Sabah can continue to prosper within Malaysia,” he said.
Ends
