Ketua Menteri lawat mangsa tanah runtuh dan banjir (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini melawat beberapa kawasan yang teruk terjejas akibat tanah runtuh dan banjir di Beaufort, Bongawan, Papar, Kinarut, Penampang dan di sini. 

Hajiji terlebih dahulu melawat Dewan Raya Tandugal Kampung Mook di Kinarut di mana beliau bertemu dengan Aristhotle @ Jude Joseph yang kehilangan isterinya, Emily Johnny, 38, dan anaknya, Xarell Myre Aristhotle, 11, apabila rumah mereka dihempap runtuhan tanah akibat hujan lebat pada 15 September. 

Beliau menyampaikan sumbangan termasuk bantuan kepada Aristhotle dan adik-beradiknya untuk membaiki rumah mereka sebelum melawat lokasi tragedi tersebut. 

Selepas itu, Ketua Menteri meneruskan lawatan ke Dewan Kampung Marahang, Papar di mana beliau bertemu dengan Benney Binjamis @Emis yang kehilangan isterinya, Wong Moi Ling @ Meymey, 34, serta dua anak mereka, Kamey Asphereynda Benney, 10, dan Christen Kell Benney, 6, yang terkorban apabila rumah mereka dihempap tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul pada pagi 15 September. 

Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada Benney dan keluarganya. 

Kemudian, Hajiji ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Salagon di Beaufort untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir melibatkan 83 keluarga dan kepada 56 keluarga lagi di Dewan Masyarakat Bongawan. 

Pada sebelah petang, Ketua Menteri meninjau perumahan Country Heights dan Institut Pendidikan Guru Gaya yang turut terjejas akibat tanah runtuh. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor visited several areas badly affected by landslides and floods in Beaufort, Bongawan, Papar, Kinarut, Penampang and here, today. 

Hajiji first visited Dewan Raya Tandugal Kampung Mook in Kinarut where he met with Aristhotle @ Jude Joseph who lost his wife Emily Johnny, 38 and son, Xarell Myre Aristhotle, 11 when their house was struck by landslide debris during heavy downpour on September 15. 

He presented contributions including assistance for Aristhotle and his siblings to repair their houses before visiting the tragedy site. 

Thereafter, the Chief Minister proceeded to Dewan Kampung Marahang, Papar where he met with Benney Binjamis @ Emis whose wife Wong Moi Ling @Meymey, 34 and his two children Kamey Asphereynda Benney, 10 and Christen Kell Benney, 6 perished when their house was struck by landslide at Kampung Marahang Tuntul on September 15 morning. 

Hajiji also presented contributions to Benney and his family. 

Later, Hajiji went to the Salagon Permanent Relocation Centre (PPK) in Beaufort where he presented aids to flood victims comprising 83 families and to another 56families at Dewan Masyarakat Bongawan. 

In the afternoon, the Chief Minister went to inspect the Country Heights housingandGaya Teachers' Training Institute also affected by landslide. 

Ends