KENYATAAN MEDIA SITUASI BENCANA DI NEGERI SABAH

Kenyataan media ini disediakan untuk memberikan maklumat mengenai situasi terkini  bencana di Negeri Sabah rentetan berlakunya hujan tanpa henti sejak 08 September 2025 menyebabkan berlakunya bencana banjir dan tanah runtuh serta Pengaktifan  Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa Daerah di Sabah akibat bencana  yang melanda seperti banjir dan tanah runtuh. 

Ketika ini terdapat lapan (8) daerah yang telah terkesan akibat bencana banjir dan tanah runtuh

Daripada jumlah tersebut, enam (6) daerah telah mengaktifkan Pusat Pemindahan  Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terjejas. 

Sehingga kini, terdapat sebanyak sebelas (11) PPS yang aktif beroperasi,  menempatkan sejumlah 220 keluarga, melibatkan seramai 863 orang mangsa

Susulan daripada kejadian bencana ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah  meninjau sendiri ke beberapa lokasi kejadian tanah runtuh iaitu di Jalan Tun Fuad  Stephen berhadapan bangunan Jeselton Quay, keadaan rumah tanah runtuh di  Kampung Sarapung, Penampang dan dua (2) Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di  Putatan iaitu PPR Sri Keramat dan PPS Sri Serigai. 

Terdapat empat lokasi yang terlibat dengan tanah runtuh yang telah mengakibatkan  kehilangan nyawa iaitu di (i) Sarapung, Penampang, (ii) Marahang, Papar, (iii) Kampung  Mook, Papar dan (iv) Cenderakasih, Kota Kinabalu.  

Kerajaan Negeri melalui JPBN sedang meninjau dan kerja menyelamat sedang  dipergiatkan untuk mangsa mangsa tanah runtuh yang terperangkap akibat tanah runtuh  tersebut. Terdapat juga lokasi-lokasi tanah runtuh di laluan-laluan utama jalanraya yang  memerlukan penelitian terperinci dan tindakan oleh Jabatan Kerja Raya dan  seterusnyan pemantauan yang berterusan.  

Kerajaan negeri juga mendapat kerjasama daripada Kerajaan Pusat melalui Pihak  NADMA untuk menyalurkan kewangan dan juga tambahan Bailey Bridge serta bantuan lain yang perlu bagi menjamin bencana ini dapat ditangani dan diuruskan dengan baik  Bagi meringankan beban mangsa yang terkesan, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang  merupakan warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan  Kebajikan Am (JPKA), Kerajaan akan memberikan Bantuan Wang Ihsan (BWI)  sebanyak RM1,000 bagi setiap keluarga yang berpindah ke PPS manakala bagi waris waris mangsa yang terlibat kematian akan diberikan Bantuan Wang Ihsan (Kematian)  sebanyak RM 10,000. Pihak Kerajaan juga, akan memberikan bakul makanan kepada  semua penduduk yang terjejas akibat bencana ini. 

Pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi berkaitan sedang giat menjalankan  pemantauan, penyaluran bantuan, serta koordinasi logistik bagi memastikan  keselamatan dan kebajikan semua mangsa terus terjamin. 

Semua agensi penyelamat dan tindakbalas dibawah Jawatankuasa Pengurusan  Bencana Negeri Sabah sedang giat berusaha dengan sepenuhnya bagi menangani  bencana alam yang berlaku di negeri Sabah pada Ketika ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah 

15 SEPTEMBER 2025