Sambutan Hari Malaysia dibatalkan (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah membatalkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka esok malam berikutan krisis bencana besar yang berlaku akibat hujan berterusan yang menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, telah memaklumkan perkara tersebut kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, hari ini.
“Keutamaan segera Kerajaan Negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.
“Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat adalah paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya.
Ketua Menteri turut mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan bersiap sedia untuk tindakan segera memandangkan keadaan di lapangan terus berubah susulan cuaca buruk yang berpanjangan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, kini mengadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan dan menyelaras tindakan segera di daerah-daerah terlibat.
Hajiji menyeru orang ramai supaya terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan, serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha sedang dipertingkatkan di seluruh negeri.
Tamat
English Version
KOTA KINABALU: The State Government has called off the state-level Malaysia Day celebrations at Padang Merdeka tomorrow night in view of the widespread disaster crisis brought about by continuous rain affecting at least seven districts in Sabah.
Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor informed the Head of State Tun Musa Aman about the decision, today.
"The State government’s immediate priority is to manage the crisis, coordinate recovery efforts and ensure timely rescue operations for affected communities.
“In this time of difficulty, the well-being, welfare and security of the people are of utmost importance. We must direct all focus and resources to those affected,” he said
The Chief Minister has instructed the State Disaster Management Committee to remain on full alert and be prepared for prompt action as conditions on the ground continue to unfold amid the prevailing bad weather.
The State Disaster Management Committee, chaired by State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, is currently holding round-the-clock meetings to monitor developments and coordinate immediate responses in the affected districts.
Hajiji urged the public to remain vigilant, adhere to safety advisories, and cooperate fully with rescue teams as efforts are being intensified across the state.
Ends
