Hayati Hari Malaysia dengan penuh semangat patriotisme (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru  rakyat untuk terus menjiwai erti sebenar Hari Malaysia dan meraikannya dengan  semangat patriotisme serta kecintaan yang mendalam kepada negara. 

“Marilah kita pastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama  terus terpelihara serta berkekalan di bumi bertuah ini,” katanya dalam perutusan Hari  Malaysia di sini. 

Hajiji berkata, 16 September merupakan tarikh keramat iaitu hari penubuhan Malaysia. 

“Sebagai rakyat Malaysia, kita amat berbangga dan mesti sentiasa mengingati hari  bersejarah ini kerana ia menandakan detik negara kita menjadi berdaulat dan merdeka. 

“Pembentukan Malaysia telah membawa pelbagai nikmat dan manfaat kepada semua  lapisan masyarakat di negara ini.  

“Namun, perjalanan membina negara masih panjang, penuh dengan cabaran serta  rintangan yang harus dihadapi. 

“Hanya dengan adanya kesatuan, kebersamaan dan perpaduan demi kepentingan  tanah air, segala cabaran ini dapat diatasi,” katanya. 

Sehubungan itu, Ketua Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati  tema Hari Malaysia tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, yang  mencerminkan keprihatinan serta komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat  berdasarkan prinsip Malaysia MADANI. 

Ia juga selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang menekankan kesejahteraan  rakyat, keadilan, perpaduan serta pembangunan saksama untuk semua lapisan  masyarakat. 

Tamat

 

English Version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor urged the  people to continue to appreciate the significance of Malaysia Day and celebrate it with  a deep sense of patriotism and love for the country. 

“Let us ensure unity and harmony among the people of various races and religion and  ensure this will continue to be observed,” he said in his Malaysia Day message here. 

Hajiji said September 16 is a significant date, which is the day Malaysia was formed. 

“As Malaysians, we are very proud and must always remember this historic day because  it marks the moment our nation became sovereign and independent. 

“The formation of Malaysia has brought blessings and benefits to all levels of society in  this country. However, the journey of nation-building is still long, filled with challenges  and obstacles. 

“Only through unity, solidarity, and togetherness in the interest of our homeland can  these challenges be overcome,” he said. 

To this end, the Chief Minister called upon all Malaysians to embrace this year’s  Malaysia Day theme, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, which reflects the  government’s commitment to the people’s welfare based on the principles of Malaysia  MADANI. 

It is also in line with the Sabah Maju Jaya Development Plan that emphasised on the  well-being of the people, justice, unity, and equitable development for all segments of  society. 

Ends