TYT, KM hadir Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran Hari Kebangsaan, Hari Sabah

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa  Haji Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengetuai  kepimpinan negeri menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena  sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2025 di Masjid  Bandaraya Kota Kinabalu, pada Jumaat. 

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima  Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk  Ir.Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Haji Mohd.Arif,  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong, barisan wakil  rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan. 

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat  sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat dan Solat Hajat bagi memohon  keberkatan, keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah. 

Program tahunan itu diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta  sebagai simbolik kesyukuran rakyat Sabah atas nikmat keamanan, kemajuan dan  keharmonian yang terus dikecapi sejak pembentukan Malaysia. 

Tamat