Hajiji yakin GRS akan mendapat mandat baharu daripada rakyat (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TAMBUNAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan keyakinannya bahawa gabungan pemerintah akan diberikan mandat baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, berikutan sentimen yang kuat untuk parti tempatan menerajui Kerajaan Negeri.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, Kerajaan Negeri GRS pada masa ini terdiri daripada lapan parti tempatan iaitu Parti Solidariti Tanahairku (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Gagasan Rakyat, Sabah Progressive Party (SAPP), Parti Harapan Sabah, United Sabah National Organisation (Usno), Liberal Democratic Party (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
“Lapan parti tempatan ini adalah harapan kita dalam PRN akan datang. Kita tidak boleh sia-siakan peluang keemasan ini kerana sentimen rakyat sangat kuat untuk parti tempatan memimpin politik Sabah,” katanya pada program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 di Dataran Pisompuruan, di sini hari ini.
“Saya mahu rakyat bersatu. Inilah masa terbaik untuk kita memastikan GRS menang dengan cemerlang dalam PRN. Pemimpin GRS di Tambunan mesti menang, dan kita ada pemimpin yang baik di sini, iaitu Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan,” katanya.
Hajiji berkata, sepanjang lima tahun yang lalu, Kerajaan Negeri GRS di bawah kepimpinannya telah membuktikan rekod pencapaian membawa pembangunan kepada negeri dan rakyat.
“Kita telah mencapai banyak kejayaan dan berjaya membangunkan semula ekonomi negeri berasaskan tiga teras ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.
“Dalam sektor pertanian, kita telah menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah dengan matlamat untuk meningkatkan Tahap Sara Diri (SSL) makanan negeri kepada 60 peratus menjelang 2030,” katanya.
Dalam sektor perindustrian pula, katanya, dasar mesra pelabur kerajaan negeri telah berjaya menarik ramai pelabur berimpak tinggi, termasuk pelabur dari Singapura yang membawa masuk pelaburan bernilai RM31 bilion melalui tiga fasa.
“Ini bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri, malah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan,” katanya.
Hajiji berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan banyak inisiatif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat, termasuk bantuan bulanan RM300 kepada kira-kira 100,000 golongan miskin dan miskin tegar di Sabah selama setahun.
“Dari segi bantuan kebajikan, kita telah membelanjakan kira-kira RM1.4 bilion untuk membantu 70,000 penerima, manakala dalam pendidikan, kerajaan negeri telah membelanjakan RM1.33 bilion bagi pembangunan modal insan,” katanya.
“Saya ingin bertanya kepada Shafie Apdal, apa yang beliau telah lakukan sepanjang dua setengah tahun menjadi Ketua Menteri dan juga ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar selama hampir tujuh tahun?” soalnya.
Oleh sebab itu, Hajiji berkata rakyat tidak boleh membuat pilihan yang salah dalam PRN akan datang.
Tamat
English Version
TAMBUNAN: Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor reiterated his confidence that the ruling coalition will be given a new mandate after the 17th State Election, given the strong sentiment for local parties to lead the State Government.
The Chief Minister, who is also Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Chairman, said the present GRS government has eight local parties, namely Parti Solidariti Tanahairku (Star), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Gagasan Rakyat, Sabah Progressive Party (SAPP), Parti Harapan Sabah, United Sabah National Organisation (Usno), Liberal Democratic Party (LDP) and Parti Cinta Sabah (PCS).
"These eight local parties are our hope in the impending state election. We must not waste this golden opportunity because the sentiment on the ground is so strong for local parties to lead Sabah's politics," he said at the Yayasan Sabah with the People Roadshow (YSBR) 2025 held at the Pisompuruan Square here today.
"I want the people to be united. This is the right time for us to ensure GRS win with flying colours in the state election. GRS leaders in Tambunan must win, and we have a good leader here in Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan," he said.
Hajiji said that over the past five years, the GRS State Government, under his leadership, has demonstrated a proven track record of bringing development to the state and its people.
"We have achieved many successes and we have successfully built up the state's economy based on the three economic thrusts - agricultural, industrial and tourism.
"In agriculture, we have revived the Sabah Padi and Rice Board and aiming to boost the state's food self-sufficiency level (SSL) to 60 per cent by 2030," he said.
Similarly, in the industrial sector, the State Government of today has attracted numerous high-impact investors due to its investor-friendly policy, with the latest being a Singapore company, which is bringing in RM31 billion in investments under three phases, he said.
"This will not only generate revenue for the state but also creates jobs," he said.
Hajiji said the State Government has created many initiatives to uplift the people's socio economic status, and this includes the RM300 monthly assistance to about 100,000 poor and hardcore poor people in Sabah for one year.
"In terms of welfare assistance, we have spent about RM1.4 billion to help 70,000 recipients, while in education, the State Government has spent RM1.33 billion under our human capital development," he said.
"I want to ask Shafie Apdal what he has done during the past two and a half years (as Chief Minister) and during his tenure as the Rural Development Minister for almost seven years," he said.
For this reason, Hajiji said the people must not make the wrong choice in the coming State Election.
Ends
