Majlis Iftar Perdana MBR Bersama OKU & Asnaf

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor merasmikan  Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan  Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke 7 di Dewan Hadhari MBR dekat sini, hari ini. 

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa. Mereka juga  menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji. 

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60 ribu daripada  Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis  MBR. 

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad,  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Haji  Saifulzaman Sangul, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk  Dr.Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Haji Ab Jamal Tun Sakaran. 

Tamat.