Kumpulan Kibing ambil 700 lagi pekerja rakyat Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memuji  komitmen Kumpulan Kibing dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada 700 lagi  rakyat Sabah melalui program pengambilan pekerja terbarunya yang bermula pada  bulan Mei.  

Beliau berkata pengambilan baharu itu bakal menambah kepada jumlah 1,625 rakyat  Sabah yang sudah bekerja dalam pelbagai jawatan pengurusan, kejuruteraan, teknikal  dan operasi di Kumpulan Kibing.  

“Ini membentuk lebih daripada 83 peratus daripada jumlah tenaga kerja Kumpulan  Kibing. Perkembangan positif ini bukan sahaja memperkasakan komuniti tempatan kita  tetapi juga memupuk kemakmuran bersama. Syabas dan terima kasih,” katanya pada  majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Kibing di kilangnya di Taman Perindustrian  Kota Kinabalu (KKIP) di sini hari ini.  

Sebelum itu, Ketua Menteri telah dimaklumkan bahawa Kumpulan Kibing akan  memulakan kempen pengambilan pekerja baharu melalui kerjasama dengan Sekretariat  SMJ dari 13 Mei hingga 23 Mei di pejabat daerah Ranau, Tuaran, Beaufort, Papar, Kota  Kinabalu dan Penampang.  

“Saya juga ingin menekankan kepentingan mengutamakan pengambilan anak-anak  Sabah untuk peluang pekerjaan dan ingin menyarankan semua pemain industri untuk  tidak hanya mengupah anak Sabah dalam tenaga kerja mereka tetapi juga melabur  dalam latihan dan perkembangan mereka.  

“Usaha kolektif ini adalah penting untuk memastikan bahawa tenaga kerja tempatan kita  memiliki kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan  industri,” katanya.  

Hajiji berkata ia adalah merupakan satu detik peristiwa yang amat bermakna apabila  Kumpulan Kibing memulakan pembinaan kilang pembuatan kaca solar berteknologi  tinggi bernilai RM2.5 bilion di Sabah pada tahun 2022.  

“Hari ini, kehadiran Kumpulan Kibing bukan sahaja satu usaha transformasi untuk  Sabah tetapi juga merupakan bukti kejayaan Kerajaan Negeri dalam meneruskan  projek-projek berimpak tinggi untuk kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negeri,”  katanya. 

Hajiji turut maklum bahawa Kumpulan Kibing telah mencapai kemajuan besar apabila  pada bulan November tahun lalu, Kumpulan itu melabur dalam satu lagi projek untuk  membina kilang pembuatan kaca solar baharu bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.  

“Hingga kini, kesan positif kehadiran Kumpulan Kibing di Sabah sudah jelas dan  menyenangkan dengan lebih RM50 juta nilai kontrak telah dianugerahkan kepada  syarikat-syarikat tempatan sejak pembinaannya bermula. 

“Kita mempunyai harapan yang tinggi bahawa Kumpulan Kibing akan terus maju dan  memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan jangka  panjang Sabah,” katanya. 

Semasa taklimat, Hajiji juga diberitahu bahawa pengeluaran pertama Kibing kini  beroperasi penuh, mengeksport 1,500 kontena bernilai USD14 juta sebulan. Pengeluaran kedua Kibing dijangka mencapai pengeluaran penuh pada bulan Jun tahun  ini, manakala pengeluaran ketiga dijadualkan mencapai pengeluaran penuh dalam  tahun ini. 

Destinasi eksport Kumpulan Kibing adalah Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara,  Afrika, dan Eropah. 

“Saya ingin menekankan komitmen Kerajaan Negeri untuk memudahkan pelaburan ke  negeri Sabah. Kerajaan Negeri bertekad dalam misi kami untuk mewujudkan  persekitaran yang menarik lebih banyak pelabur. 

“Pelaburan-pelaburan ini juga berkaitan dengan penjanaan pekerjaan, memupuk  inovasi dan meningkatkan kehidupan rakyat kita,” katanya. 

Turut hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup  Persekutuan Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pembangunan Industri dan  Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri  Panglima Sr Safar Untong. 

Tamat

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor commended  Kibing Group’s commitment to providing employment opportunities to 700 more  Sabahans through its latest recruitment drive beginning in May. 

He said the new intake would add to the 1,625 Sabahans already working in various  management, engineering, technical and operations positions in the Kibing Group. 

“This constituted more than 83 per cent of the Kibing Group’s total workforce. A positive  development indeed as this not only empowers our local communities but also fosters a  sense of shared prosperity. Syabas and thank you,” he said at the Aidilfitri reception with  Kibing’s personnel at its factory in the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) near here  today. 

Earlier, the Chief Minister was briefed that Kibing Group would embark on its recruitment  drive in collaboration with the SMJ Secretariat from May 13 to May 23 at the district office  of Ranau, Tuaran, Beaufort, Papar, Kota Kinabalu and Penampang. 

“I must also stress the importance of prioritising the employment of Sabahans and call  upon all industry players to not only employ local Sabahans in their workforce but also  invest in their training and development.  

“This collective effort is essential to ensure that our local workforce possesses the  necessary skills and knowledge to meet the demands of the industry,” he said. 

Hajiji said it was a momentous occasion when the Kibing Group commenced  construction of its RM2.5 billion cutting-edge solar glass manufacturing factory in Sabah  in 2022. 

“Today, the Kibing Group’s presence is not only a transformative venture for Sabah but  also a testament to the State Government’s success in pursuing high-impact projects for  the state’s progress and economic growth,” he said. 

Hajiji also noted that Kibing Group has since made great strides when, in November of  last year, the Group invested in another venture to build a new RM7.2 billion solar glass  manufacturing plant in Kimanis.

“To date, the positive ripple effect of the Kibing Group’s presence in Sabah is already  evident and encouraging, with over RM50 million in contract value awarded to local  companies since construction began.  

“We hold a deep sense of optimism that the Kibing Group will continue to thrive and play  an instrumental role in contributing to Sabah’s long-term prosperity,” he said. 

During the briefing, Hajiji was also told that Kibing’s first line is running full production,  exporting 1,500 containers valued at USD14 million per month. 

Kibing’s second line is expected to reach full production in June this year, while its third  line is expected to reach full production by year end. 

Kibing export destinations are Southeast Asia, South Asia, North America, Africa, and  Europe. 

“I wish to emphasise the State Government’s commitment to facilitate investments into  Sabah. We are resolute in our mission to create an environment that attracts more  investors.  

“These investments are also about creating employment, fostering innovation and  improving the lives of our people,” he said. 

Also present were Federal Domestic Trade and Cost of Living Minister Datuk Armizan  Mohd, Industrial Development and Entrepreneurship Minister Datuk Phoong Jin Zhe and  State Secretary, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong. 

Ends