TYT dan Ketua Menteri hadir rumah terbuka Aidilfitri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
PAPAR: Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin, menyertai ribuan orang ramai di rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali dan ADUN Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di Dewan SMK Pengalat di sini hari ini.
Mengiringi mereka ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Datin Seri Panglima Hajah Datuk Juliah Salag.
Setibanya Ketua Menteri, beliau yang diiringi oleh Armizan dan Ghulam menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di pentas utama di luar dewan.
Sebaik saja Tun Musa tiba, beliau diiringi Ketua Menteri menyerahkan sumbangan kepada 50 orang yang kurang berkemampuan di dalam Dewan SMK Pengalat.
Tamat
English version
PAPAR: Head of State Tun Musa Aman and wife Toh Puan Faridah Tussin joined thousands of people at the Aidilfitri open house hosted by Papar MP Datuk Armizan Mohd Ali and Kawang Assemblyman Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar at the SMK Pengalat hall here today.
Accompanying them were Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor and Datin Seri Panglima Datuk Hjh Juliah Salag.
Upon arrival, the Chief Minister accompanied by Armizan and Ghulam presented the first round of contributions to the asnaf group at the main stage outside the hall.
Hajiji later accompanied Tun Musa, upon his arrival, to present the second round of contributions to 50 underprivileged people inside the SMK Pengalat hall.
Ends
