Lebih 10,000 orang hadir Rumah Terbuka Raya Ketua Menteri (Dwibahasa)
Versi Bahasa Melayu
TUARAN: Lebih daripada 10,000 orang menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan keluarganya di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.
Majlis yang diserikan oleh Tuan Yang Di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tusin menyaksikan persembahan artis-artis tempatan serta penyanyi terkenal Marsha Milan Londoh dan Misha Omar.
Hajiji turut mengiringi Musa untuk menyampaikan Duit Raya kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di daerah tersebut.
Bercakap kepada media, Ketua Menteri gembira dengan kehadiran yang begitu ramai di rumah terbuka tersebut yang menurutnya merupakan acara tahunan bagi membolehkan rakyat daripada pelbagai lapisan untuk merayakan Hari Raya bersama.
"Rumah terbuka ini adalah untuk memupuk jalinan hubungan di antara kita," katanya.
Antara yang hadir ialah Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, Jemaah Kabinet Negeri, Setiausaha Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, wakil rakyat dan para pemimpin masyarakat.
Tamat
English version
TUARAN: More than 10,000 people attended the Hari Raya Aidilfitri open house hosted by Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor and family at Dewan Seri Sulaman here today.
Graced by Head of State Tun Musa Aman and wife Toh Puan Faridah Tusin, the event was filled with performances by local artists and songbirds Marsha Milan Londoh and Misha Omar.
Hajiji also accompanied Musa to present Duit Raya to underprivileged children in the district.
Met by the press later, the Chief Minister was happy with the turnout, saying it is an annual event to allow the people from all walks of life to celebrate Hari Raya together.
"This open house is to foster greater relations among us," he said.
Among those present were Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, State Cabinet, State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, elected representatives and local community leaders
Ends
