Ketua Menteri Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Kampung Lok Nunuk Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan  sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada 274 penerima dari Kampung Lok  Nunuk dan Kampung Baru-Baru di perkarangan Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk  dekat sini, hari ini. 

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) turut  meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung pada program Majlis  Berbuka Puasa dianjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan  Masyarakat (UPPM) N.12 Sulaman. 

Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YS kepada Surau Darul Iman  Kampung Lok Nunuk berupa tikar sejadah, lampu solar dan kurma. 

Turut hadir Ahli Parlimen Tawau, Encik Lo Su Fui, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation  Snd.Bhd (ICSB), ADUN Karamunting, Encik George Hiew Vun Zin, Ketua Setiausaha  Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali dan Setiausaha Politik Menteri  Kewangan, Datuk Haji Johari Saiman. 

Tamat