Ribuan masyarakat pelbagai kaum hadir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU: Ribuan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat  menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun  2025M/1446H di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu. 

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri  Panglima (Dr) Musa Haji Aman dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah  Faridah Haji Tussin. 

Majlis itu yang dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan  isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag turut menyampaikan sumbangan  kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan asnaf daripada 9 buah institusi  kebajikan sekitar kawasan pantai barat. 

Dalam ucapannya semasa beramah mesra dengan para pengunjung, Hajiji mengajak  rakyat berbilang kaum menggunakan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai platform  untuk mengeratkan lagi perpaduan dan persefahaman.  

Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima  Haji Kadzim Haji M.Yahya, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Panglima  Dr.Jeffrey G.Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam dan Datuk  Ir.Shahelmey Yahya serta menteri-menteri kabinet negeri. 

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Tahun 2025 dihadiri oleh kira kira 20 ribu pengunjung itu, diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian.  Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah Raya termasuk hidangan tradisi  lemang, ketupat dan sate serta pelbagai jenis kuih-muih. 

Tamat