Kerjasama kekalkan perpaduan dan harmoni (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengajak  seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk sama-sama berusaha ke arah  mengekalkan perpaduan dan keharmonian.  

“Marilah kita bersama-sama membangunkan negeri ini sekaligus meningkatkan  kesejahteraan rakyat. Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami  seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu yang dihadapi oleh rakyat,”  katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025. 

Ketua Menteri berkata sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, adalah penting untuk  kita mengingati mereka yang kurang bernasib baik. 

“Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan salah satu makna Aidilfitri,  marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka yang  memerlukan. Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain,  memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam  perayaan ini. 

“Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, jangan kita lupa untuk bersyukur dengan kekuatan  dan ketabahan kita sepanjang bulan Ramadan.  

“Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman,  mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan, dan pemahaman,” katanya. 

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang  meraikannya,” tambahnya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has called  upon the rakyat of Sabah, irrespective of race and religion, to work together to preserve  unity and harmony. 

"Let us work together for progress and development and to enhance the rakyat's well being. On the government's part, we are always listening and sensitive to the needs of  the people and taking actions to resolve the problems and issues they face," he said in  his Hari Raya Aidilfitri 2025 message. 

The Chief Minister said on this auspicious Hari Raya Aidilfitri, it was important to  remember the less fortunate.  

"In the spirit of giving and kindness that is at the hearth of Aidilfitri, let us extend our  hands and hearts to help those in need. May we all strive to uplift and support one  another, strengthening the spirit of community and unity that this celebration embodies,"  he said. 

"As we celebrate, let us not forget to express our gratitude for the strength and resilience  we have shown during Ramadan.  

"This time of fasting and reflection has brought us closer to our faith, reminding us of the  importance of patience, perseverance, and understanding," he said. 

“On behalf the State Government and my family, I would like to wish Selamat Hari Raya  Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to all Muslims celebrating,” he added.. 

Ends