Tidak wajar Warisan mempolitikkan Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegur Parti  Warisan kerana menyeret institusi Istana Negeri ke dalam percaturan politik mereka. 

Beliau merujuk kepada kenyataan media sosial oleh pemimpin Warisan, Datuk Darell Leiking  dan Datuk Azis Jamman, yang mempersoalkan sambutan rasmi Hari Jadi Tuan Yang  Terutama (TYT) Tun Musa Aman dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai berniat tidak  baik. 

"Sebagai Ketua Menteri, saya bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertahankan  institusi Istana tanpa mengira siapa yang memegang jawatan Yang di-Pertua Negeri. 

"Jelas sekali pertimbangan mereka (Darell dan Azis) telah dikaburi oleh politik sehingga gagal  membezakan peranan asas antara kerajaan, politik, dan institusi Istana. 

"Institusi Istana adalah bebas daripada politik dan tidak sepatutnya diseret ke dalam politik  jalanan yang penuh dengan pembohongan dan penipuan," tegas beliau. 

Hajiji menjelaskan bahawa pada awalnya, Tun Musa mencadangkan agar tiada sambutan  rasmi diadakan tahun ini memandangkan tarikh Hari Jadi Rasmi TYT yang diwartakan jatuh  pada 30 Mac yang bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

"Malah Tun Musa tidak mahu membebankan pihak penganjur disebabkan kesuntukan masa  dan kos yang tidak wajar perlu ditanggung. 

"Namun sebagai Ketua Menteri, saya berpendapat bahawa sebarang keputusan perlu  dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Negeri," katanya. 

Selepas pertimbangan yang teliti, Kabinet bersetuju bahawa sambutan rasmi perlu diadakan  tahun ini selaras dengan konvensyen dan tradisi Istana. 

"Oleh itu, diputuskan bahawa sambutan akan diadakan pada bulan Jun secara sederhana  mengikut kehendak dan nasihat Tun Musa Aman. 

"Sebagai langkah penjimatan, jumlah acara dikurangkan daripada 12 pada tahun 2024  kepada tujuh tahun ini, sekali gus mengurangkan perbelanjaan sebanyak kira-kira 30  peratus," jelas beliau. 

Hajiji turut menegaskan bahawa Darell dan Azis pernah berada dalam kerajaan sebelum ini  dan seharusnya memahami proses serta persiapan yang diperlukan bagi sambutan Hari Jadi  Rasmi TYT. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor has taken Parti Warisan to task for dragging the Istana Negeri institution into its political games and lies.

He said postings by Warisan leaders, Datuk Darell Leiking and Datuk Azis Jamman, in the social media questioning the Head of State (TYT) Tun Musa Aman's official birthday celebration reeks of bad intention.

"As Chief Minister I am duty bound to protect and defend the institution of the Istana irrespective of who is the Governor.

"Clearly politics have clouded their (Darell and Azis) judgement, not being able to differentiate the fundamental differences between government, politics and the Istana.  

"The institution of the Istana is apolitical and should not be dragged into Warisan’s street politics of lies and deception," he said.

Hajiji clarified that initially Tun Musa mooted the idea of not having any celebrations this year since the official TYT’s birthday has been gazetted on Mar 30 and therefore clashes with Hari Raya celebrations.

"In fact Tun Musa also did not want to burden those involved in organising the celebrations as as time was short and it will incur unnecessary costs.

"However as Chief Minister, I felt that whatever decision to be made must be discussed at  the State Cabinet," he said.

The Chief Minister said after much deliberation, the Cabinet agreed that the requisite celebration must be held this year in accordance with the conventions and traditions of the Istana.

Hence, it was decided that the celebration will take place in the month of June albeit in moderation as per Tun Musa’s wishes and advice, he said.

To this end, he said the events to be held have been reduced from  12 in 2024 to only seven this year, effectively reducing the budget by some 30 per cent.

Hajiji said both Darell and Azis were in the government before and they should know what is involved in preparing for the TYT’s birthday.  

Ends