Hari Kelepasan Am Bagi Negeri Sabah

1. Pada tahun ini, tarikh ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang 
di-Pertua Negeri jatuh pada hari Ahad iaitu 30 Mac 2025, maka
hari berikutnya akan menjadi cuti kelepasan am. 

 

2. Kerajaan Negeri menetapkan sekiranya hari berikutnya juga adalah
hari kelepasan am, maka tarikh 2 April 2025 sebagai hari kelepasan
am bagi Negeri Sabah sebagai tambahan kepada hari yang disebut 
dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan (Bab56).

 

Sekian