Ketua Menteri meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Kilometer 14.3 dan Kilometer 11.2 Jalan Kimanis – Keningau

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau lokasi kejadian tanah  runtuh di Kilometer 14.3 dan Kilometer 11.2 Jalan Kimanis – Keningau di sini petang  Khamis. 

Beliau turut diberi taklimat oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai  berkaitan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan cerun runtuh yang dilakukan di  kawasan berkenaan. 

Ketua Menteri melakukan tinjauan itu ketika dalam perjalanan ke Keningau untuk  menghadiri Majlis Berbuka Puasa Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Jabatan  Ketua Menteri dengan kerjasama Kim Teck Cheong Consolidation Berhad kali kedua  Tahun 2025 di Kompleks Sukan Keningau. 

Pada masa ini kerja pembersihan jalan dan pembaikan cerun runtuh lokasi berkenaan  kini hampir siap sepenuhnya dan difahamkan laluan itu akan dibuka dalam masa  terdekat ini bagaimanapun ia tertakluk kepada keadaan cuaca semasa. 

Untuk rekod, Jalan Keningau-Kimanis di Kilometer 11.2 ditutup sepenuhnya sejak 8 Mac  lalu manakala laluan di Kilometer 14.3 telah ditutup sejak 4 Mac selepas runtuhan cerun  menyebabkan kalan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan. 

Tamat