Ketua Menteri berbuka puasa di Putatan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

PUTATAN: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbuka puasa bersama orang ramai di Masjid Daerah di sini hari ini.

Sebelum berbuka puasa, Ketua Menteri menyampaikan bakul makanan yang disumbangkan oleh Pusat Zakat Sabah kepada 75 asnaf di daerah ini.

Hajiji juga menyerahkan kunci replika kepada 15 penerima Rumah Mesra SMJ di sini.

Ketua Menteri diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga merupakan Adun Tanjung Keramat dan Ahli Parlimen Putatan.

Tamat

 

English version

PUTATAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor broke fast with the people at the District Mosque here today.

Before the breaking of fast, the Chief Minister presented food basket contributed by the Pusat Zakat Sabah to 75 needy people in the district.

Hajiji also handed replica keys to 15 Rumah Mesra SMJ recipients here.

The Chief Minister was accompanied by Deputy Chief Minister III/Works Minister Datuk Ir Shahelmey Yahya who is also Tanjung Keramat Assemblyman and Putatan MP.

Ends