Kerajaan Negeri menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengiktiraf kepentingan pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan, terutama pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan dan ketenteraman awam di Sabah selama ini. 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata petugas barisan hadapan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari untuk melindungi rakyat dannegeri. 

Bercakap pada majlis penyampaian kuih muih Hari Raya Aidil Fitri kepada barisan hadapan di Menara Kinabalu di sini hari ini, Hajiji berkata sejak tahun lalu Sabah telah terjejas oleh beberapa bencana alam. 

Beliau berkata awal tahun ini sahaja Sabah telah dilanda banjir terutamanya di Kota Marudu, Kota Belud, Telupid, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod dan Paitan. 

"Malah, maklumat terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan bahawa fenomena hujan berterusan akan bermula dari 18 Mac hingga 21 Mac di Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung. 

"Selain banjir, terdapat juga bencana kebakaran tahun ini di Likas yang mengakibatkan 80 keluarga kehilangan tempat tinggal. 

"Semasa bencana ini, petugas barisan hadapan kita, terutamanya badan beruniform, pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengenal penat lelah untuk menyelamatkan nyawa. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan," katanya. 

Hajiji berkata penyampaian kuih muih Hari Raya itu sangat bermakna kerana ia menandakan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan. 

"Ia menjadi lebih bermakna kerana majlis ini diadakan semasa bulan Ramadan. Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari rakyat Sabah bagi menghargai jasa anggota keselamatan dan petugas kesihatan yang bertugas semasa perayaan dan menjadi motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan dengan dedikasi,"tambahnya.

Hajiji kemudiannya telah menerima barang raya yang disumbangkan oleh 33 kementerian, jabatan dan GLC sebelum menyerahkannya kepada 15 pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The State Government acknowledged the importance of the security force and health workers, especially their sacrifice in ensuring peace and public order inSabah all these while. 

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the frontliners are risking their life on a daily basis to protect the people and state. 

Speaking at the presentation of Hari Raya Aidil Fitri foods and goodies to the front liners at Menara Kinabalu near here today, Hajiji said Sabah had been affected by several natural disasters since last year. 

He said this year Sabah was hit by flood in several districts including Kota Marudu, KotaBelud, Telupid, Pitas, Beluran, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Tongod and Paitan. 

"In fact, the latest information from the Malaysia Meteorological Department forecasted that continuous rain will start from March 18 until 21 in Sabah, Sarawak and southern peninsula. 

"Besides flood, there was also a fire disaster this year in Likas that left 80 families homeless this year. 

"During these catastrophes, our front liners, particularly the uniformed bodies, security forces and health workers have discharged their duties tirelessly to safe lives. I wished to express my gratitude," he said. 

Hajiji said the presentation of the Hari Raya goodies was very meaningful as it marked the State Government's appreciation of the frontliners' sacrifices. 

"It is more meaningful that the ceremony is held during the month of Ramadan. Take this as a symbol of the people of Sabah's tribute to your deeds and serve as a motivation for you to continue giving your service with dedication," he said. 

Later, Hajiji received the Raya goodies contributed by 33 ministries, departments and GLCs before handing it over to 15 security forces and health workers outfit. 

Ends