Acara perniagaan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah, melalui Kementerian Pelancongan,  Kebudayaan dan Alam Sekitar, akan terus mengutamakan acara perniagaan,  mengiktiraf peranannya yang penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan  menggalakkan kerjasama merentasi rantau Asia Pasifik. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata dengan pengaruh  sektor ini yang semakin meningkat dalam perdagangan, pelaburan, dan perkongsian  ilmu, terdapat sokongan padu terhadap inisiatif yang memperkukuh ekosistem acara  perniagaan serantau. 

“Ketika Asia Pasifik terus berkembang sebagai hab global bagi inovasi dan  pembangunan industri, platform seperti Business Event (BE) in Sabah 2025 memainkan  peranan penting dalam membentuk masa depannya,” katanya pada majlis perasmian  Forum Acara Perniagaan Antarabangsa ke-2 - BE in Sabah 2025 di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Sabah di sini, hari ini. 

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I/Menteri Pertanian,  Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan. 

“Persidangan, pameran perdagangan, dan program insentif bukan lagi sekadar platform  untuk menjalin hubungan. Ia adalah pemangkin kepada transformasi ekonomi,  perkongsian ilmu, dan kerjasama strategik. 

“Dalam landskap inilah BE in Sabah 2025 muncul, memperkukuh visi kolektif kita untuk  memperkasakan Asia Pasifik melalui acara perniagaan. 

“Acara perniagaan bukan sahaja merapatkan hubungan, tetapi turut memacu industri ke  hadapan. Ia mewujudkan platform untuk dialog pelaburan, memudahkan kemasukan  syarikat multinasional, dan merangsang pertumbuhan sektor yang sedang berkembang. 

“Kesan ekonominya melangkaui dewan acara – ia mengukuhkan rantaian bekalan,  meningkatkan keupayaan tenaga kerja, dan mempercepatkan kemajuan industri,”  katanya. 

Ketua Menteri juga menyatakan bahawa kehadiran kira-kira 800 delegasi dari lebih 30  negara yang mewakili pelbagai perdagangan dan industri dalam persidangan ini adalah 

bukti peningkatan kepentingannya BE in Sabah 2025 sebagai platform utama untuk  penglibatan serantau dan global dalam industri acara perniagaan. 

“Sabah berbesar hati dengan kehadiran dan penyertaan pakar serta pemimpin industri.  Panduan strategik anda bukan sahaja akan memperkukuh amalan terbaik industri tetapi  juga membuka peluang kepada Sabah untuk berinteraksi dengan pasaran  antarabangsa, membina pakatan baharu, menjalin kerjasama, dan meningkatkan  kedudukan Sabah dalam sektor acara perniagaan global. 

“Saya yakin bahawa rangkaian ini akan membawa peluang besar kepada para peserta  untuk belajar dan berkongsi pengalaman,” katanya. 

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: The Sabah State Government, through the Ministry of Tourism,  Culture and Environment, will continue to prioritise business events recognising their  vital role in driving economic growth and fostering collaboration across the Asia Pacific  region.  

Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said that with the sector’s  increasing influence in trade, investment, and knowledge exchange, there is strong  support for initiatives that strengthen the regional business events ecosystem.  

“As Asia Pacific continues to emerge as a global hub for innovation and industry  development, platforms like Business Event in Sabah 2025 play a crucial role in shaping  its future,” he said at the opening of the 2nd International Business Events Forum- BE In Sabah 2025 at the Sabah International Convention Centre here today. 

His speech was delivered by Deputy Chief Minister/Minister of Agriculture, Fisheries and  Food Industry Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan. 

“Conferences, trade exhibitions, and incentive programmes are no longer just platforms  for networking. They are catalysts for economic transformation, knowledge exchange,  and strategic partnerships.  

“It is within this landscape that Business Events In Sabah 2025 emerges, reinforcing our  collective vision of empowering Asia Pacific through business events. 

“Business events do more than bring people together; they drive industries forward.  They create platforms for investment dialogues, facilitate the entry of multinational  corporations, and stimulate the growth of emerging sectors.  

“The economic impact extends far beyond event halls - it strengthens supply chains,  enhances workforce capabilities, and accelerates industry advancements,” he said. 

The Chief Minister also noted that the presence of about 800 delegates from over 30  countries representing various trades and industries at this conference was a testament  to its growing prominence as a key platform for regional and global engagement in the  business events industry.

“Sabah is honoured to have the presence and participation of experts and leaders in the  industry. Your strategic guidance will not only strengthen industry best practices but will  also open doors for Sabah to engage with international markets, foster new alliances,  collaborations, and elevate Sabah’s position within the global business events sector.  

“I foresee that this networking will bring immense opportunities for participants to learn  and share,” he said. 

Ends