IIT Madras meneroka penubuhan kampus Asia pertamanya di luar India di Sabah (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyambut baik rancangan institusi pengajian tinggi terkemuka India, Indian Institute of Technology Madras (IITM) untuk meluaskan sayapnya ke Sabah.  

"Sabah, melalui Yayasan Kolej Universiti Sabah (UCSF), juga sedang mempertimbangkan kemungkinan menjalin kerjasama akademik dengan IITM," kata Hajiji, yang juga Canselor UCSF.  

Beliau menyatakan perkara ini semasa bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Global IITM Dr Thirumalai Madhavnarayan dan Dekan  Global IITM Prof Raghunathan Remgaswamy.  

Mereka disertai oleh Pengerusi Petra Group dan Yayasan Sekhar Datuk Seri Dr Vinod Sekhar di Menara Kinabalu, sini hari ini.  

Semasa pertemuan tersebut, Ketua Menteri telah diberi taklimat oleh delegasi bahawa IITM sedang meneroka kemungkinan untuk menubuhkan kampus Asia pertamanya di luar India di Sabah.  

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik IITM untuk membangunkan ekosistem inovasi global, dengan Malaysia dikenalpasti sebagai langkah awalnya ke Asia setelah kejayaan kampus antarabangsa pertamanya di Zanzibar, Afrika, yang dilancarkan dua tahun lalu.  

Hadir sama adalah Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Setiausaha Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Lembaga Pengarah Uni YS Sdn Bhd dan Pengerusi UCSF Datuk Dr Mohd Yaakub Johari serta Naib Canselor UCSF Datuk Dr Rafiq Idris.  

Tamat

 

English version

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor welcomed the plan by India's premier higher learning institution, the Indian Institute of Technology Madras (IITM) to spread its wing to Sabah.

"Sabah, through the University College Sabah Foundation (UCSF), is also looking at the possibility of forging an academic collaboration with IITM," said Hajiji, who is UCSF Chancellor.

He said this when meeting with IITM Global Engagement Chief Executive Officer Dr Thirumalai Madhavnarayan and Dean of IITM Global  Engagement Prof Raghunathan Remgaswamy.  

They were accompanied by Petra Group and Sekhar Foundation Chairman Datuk Seri Dr Vinod Sekhar at Menara Kinabalu near here today.

During the meeting, the Chief Minister was briefed by the delegation that IITM was exploring the possibility of establishing its first Asian campus outside India in Sabah.

The move was part of IITM's strategic expansion to develop a global innovation ecosystem, with Malaysia identified as its initial foray into Asia following the success of its first international campus in Zanzibar, Africa,  launched two years ago.

Also present were State Finance Minister Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, State Secretary Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Uni YS Sdn Bhd Board of Directors and UCSF Chairman Datuk Dr Mohd Yaakub Johari and UCSF Vice Chancellor Datuk

Dr Rafiq Idris.

Ends