YKN sumbang RM300 ribu Bantuan Bencana Banjir Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri hari ini menerima BANTUAN BENCANA BANJIR  SABAH 2025 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sebanyak RM300 ribu. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima sumbangan itu  daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Hajah  Nancy Shukri yang juga Pengerusi YKN di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa. 

Hajiji bagi pihak kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YKN atas  keprihatinan membantu mangsa bencana banjir di negeri ini. 

Menurut Nancy, bantuan yang diserahkan ini bertujuan untuk meringankan beban  mangsa bencana di negeri Sabah serta memastikan mereka mendapat sokongan yang  diperlukan dalam usaha pemulihan. 

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup, Datuk Haji  Armizan Ali, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang  Ramjan, Ketua Pegawai Eksekutif Amanah Raya, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan  dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Puan Nordina Haron. 

Tamat