Pastikan rojek pembangunan ikut jadual (Dwibahasa)

Versi Bahasa Melayu

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sekali lagi menggesa  semua wakil rakyat dan pemimpin akar umbi harus terus memantau serta memastikan  projek pembangunan di kawasan masing-masing disiapkan mengikut jadual. 

“Saya telah memberitahu mereka yang berkenaan untuk merancang dan melihat apa  keperluan rakyat. Ketua Kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan  Kampung (JKKK) mesti bersikap proaktif dalam hal ini,” katanya ketika ditemui selepas  melawat tapak projek Rumah Mesra SMJ dan projek kecil di kawasannya hari ini. 

Mengenai projek Rumah Mesra SMJ, Ketua Menteri berkata pelaksanaannya di seluruh  negeri secara keseluruhannya adalah memuaskan. 

“Mereka yang layak menerima Rumah Mesra SMJ adalah golongan yang benar-benar  memerlukan. Oleh itu, ini adalah projek berimpak tinggi yang diberi keutamaan,”  katanya. 

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu melawat Kampung Lok  Batik, Kampung Pendamai, Kampung Tambalang, Kampung Indai, dan Kampung  Serusup untuk meninjau perkembangan projek di kawasan berkenaan.  

Ini termasuklah projek menaik taraf jalan raya di Kampung Lok Batik dan Kampung  Pendamai, pembinaan Rumah Mesra SMJ di Kampung Indai dan Kampung Serusup,  serta pembinaan parit di Kampung Tambalang. 

Ketua Menteri mengakhiri lawatannya di jeti Serusup-Penimbawan yang telah siap  dibina di Kampung Serusup. 

Tamat

English version

TUARAN: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor reiterated his call that  all elected representatives and grassroots leaders must monitor and ensure  development projects in their respective areas are completed according to schedule. 

"I have been telling them to plan and see what are the people's needs. The village heads  (Ketua Kampung) and village security and development committees (JKKK) must be  proactive in this manner," he said when met after visiting the Rumah Mesra SMJ and  minor project sites in his constituency here today. 

On the Rumah Mesra SMJ project, the Chief Minister said the state's overall  implementation was satisfactory.  

"Those who are eligible for the Rumah Mesra SMJ are those who really need houses.  Therefore, this is a top-priority project," he said. 

Earlier, the Sulaman Assemblyman visited Kampung Lok Batik, Kampung Pendamai,  Kampung Tambalang, Kampung Indai and Kampung Serusup to get an overview of  projects there. 

These included the upgrading of gravel roads to concrete surface at Kampung Lok Batik  and Kampung Pandamai, Rumah Mesra SMJ at Kampung Indai and Kampung Serusup  and the construction of concrete drains at Kampung Tambalang. 

The Chief Minister ended his visit at the completed Serusup-Penimbawan jetty at  Kampung Serusup. 

Ends