APFCP 2025 -ADVANCING SURGICAL CARE FOR LONG-TERM SUSTAINABILITY (Dwibahasa))
versi bahasa melayu
KOTA KINABALU: Penjagaan kesihatan adalah tonggak asas bagi sesebuah masyarakat, dan usaha untuk kecemerlangan dalam amalan perubatan bukan sahaja memberi manfaat kepada pengamal tetapi juga bagi berjuta-juta orang yang terlibat, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
“Dedikasi dan kepakaran profesional memainkan peranan penting membentuk masa depan dalam pembedahan, meningkatkan penjagaan pesakit, dan memacu inovasi dalam bidang perubatan," katanya pada perasmian Kongres Ke-20 Persekutuan Koloproktologi Asia Pasifik (APFCP) 2025, dihoskan oleh Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini hari ini.
Kongres itu, katanya adalah bukti komitmen ahli bidang pembedahan kolorektal untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan sambil menambah bahawa tema kongres, "Pembedahan Mampan: Merangkul Inovasi, Memperkasa Pasukan,” adalah tepat kerana ia merangkumi usaha berterusan untuk meningkatkan penjagaan pembedahan sambil memastikan kemampanannya dalam jangka panjang.
Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.
Hajiji juga mengiktiraf program ilmiah yang telah dirancang dengan teliti untuk kongres ini.
"Dengan pakar dari seluruh dunia berkongsi pengetahuan mereka dan membincangkan kemajuan terkini dalam pembedahan kolorektal, saya yakin platform ini mampu memupuk dialog dan kerjasama yang bermakna.
"Perbincangan oleh semua yang terlibat dalam beberapa hari akan datang sudah pasti akan menyumbang kepada peningkatan berterusan amalan penjagaan kesihatan, memberi manfaat kepada pesakit bukan sahaja di rantau Asia Pasifik tetapi di seluruh dunia," katanya.
Tamat
English version
KOTA KINABALU: Healthcare is a fundamental pillar of any society, and the pursuit of excellence in medical practice benefits not just practitioners but also millions of people, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
"The dedication and expertise of professionals play a crucial role in shaping the future of surgery, improving patient care, and driving innovation in the medical field," he said at the opening of the 20th Congress of the Asia Pacific Federation of Coloproctology (APFCP) 2025, hosted by Sabah at the Sabah International Convention Centre (SICC) here today.
The congress, he said is a testament to the commitment of the colorectal surgical fraternity to enhance healthcare services adding that the congress theme, "Sustainable Surgery: Embracing Innovation, Empowering Teams," is apt as it embraced ongoing efforts to advance surgical care while ensuring its long-term sustainability.
Deputy Chief Minister/Minister of Local Government and Housing Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam delivered the Chief Minister's speech.
Hajiji also acknowledged the scientific programme that has been carefully designed for this congress.
"With experts from around the world sharing their knowledge and discussing the latest advancements in colorectal surgery, I am confident that this platform will foster meaningful dialogue and collaboration.
"Your discussions over the next few days will undoubtedly contribute to the continuous improvement of healthcare practices, benefiting patients not only in the Asia-Pacific region but across the world," he said.
Ends
