Kerajaan Sabah alu-alukan peruntukan RM25 juta perbaiki kerosakan akibat banjir
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengalu-alukan peruntukan kira-kiraRM25juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk memperbaiki segera infratruktur yangrosakdan musnah akibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata bantuan segeraituamat diperlukan bagi membantu membaiki kemudahan infrastruktur yang rosakdanterjejas akibat bencana banjir di beberapa daerah di negeri ini, sejak awal mingguini.
“Sudah pasti bantuan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggungmangsa-mangsa banjir selain membaiki kerosakan infrastruktur akibat banjir. Kerajaannegeri juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan denganbantuansegera ini,” katanya di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukankira-kiraRM25 juta untuk memperbaiki segera infrastruktur yang rosak dan musnahakibat banjir, tanah runtuh dan kebakaran di Sabah dan Sarawak, ketika berucap padaMajlisKenduri Rakyat di Ipoh, pada Jumaat.
Peruntukan ini juga merangkumi bantuan segera berjumlah RM1,000 kepadasemuakeluarga yang terkesan dengan bencana-bencana ini.
Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri telah bersiapsediamenghadapi Bencana Monsun Timur dengan seramai 14,209 kekuatansumbermanusia daripada pelbagai agensi penyelamat dan keselamatan terlibat.
“Antaranya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, AngkatanPertahanan Awam Malaysia, RELA dan lain-lain.
“Manakala jumlah keseluruhan logistik adalah sebanyak 1,456 yang melibatkanlogistikdarat, air dan udara. Selain itu, semua Pegawai Daerah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah dibekukan cuti untukmenghadapi MTL pada kali ini,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas-petugas yangterlibat dalam operasi menyelamat dan pemindahan mangsa ke lokasi yang lebihselamat semasa bencana banjir berlaku.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabahmelaporkan, setakat jam 12 tengah hari, pada Jumaat, seramai 5725 mangsa, 1939Ketua Isi Rumah dan 73 kampung terjejas banjir.
Sebanyak 10 daerah dan daerah kecil yang terlibat bencana banjir iaitu Beaufort, KotaMarudu, Paitan, Beluran, Kota Belud, Lahad Datu, Tongod, Telupid, SandakandanPitas.
Bermula daripada 29 Januari 2025 sehingga 12.00 tengahari hari ini sebanyak39buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan di seluruh negeri. Namundemikian, terdapat beberapa PPS juga dijangka akanbditutup pada hari ini setelahpemeriksaan kawasan dan rumah PenduduknTerjejas Bencana selamat untukdidiami kembali.
Tamat
