KM terima kunjungan hormat pengarah baharu AADK Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, menerima  kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah,  Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini pada Isnin. 

Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi iitu pada awal bulan Januari  2025. Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang. 

Dalam kunjungan hormat itu, turut dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan  strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih  berkesan. 

Yang turut hadir Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan dan  Penolong Pengarah Pengurusan & Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi  Bin Tajudin. 

Tamat