Pemergian Allahyarham Mohamad Hamsan kehilangan kepada negeri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noormenzahirkan ucapan takziah kepada Datin Hajah Kalsom Haji Abd Aziz dankeluargaatas pemergian Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan PerumahanNegeri, Allahyarham Datuk Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain, yang meninggal duniapada malam Ahad (19 Januari 2025). 

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepadanegeri, terutama rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN)Sungai Sibuga. 

“Allahyarham merupakan seorang rakan lama yang bersama-sama berjuangdalampentadbiran kerajaan. Beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramahdan disenangi ramai. Perjuangan dan sokongan beliau bersama kerajaan negeri amat dihargai. 

“Saya mewakili Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruhkeluargaAllahyarham Datuk Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain. SemogarohAllahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama rohorang-orang beriman dan beramal soleh”, katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Mohamad Hamsan, 65 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20malamdi sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. 

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020, Mohamad Hamsanyangmewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga menewaskanempat calon lain dengan majoriti 1,538 undi. 

Tamat